Rompak bank guna bom

View previous topic View next topic Go down

Rompak bank guna bom

Post  Mah Huei Yee (L6A/2012) on Wed Aug 15, 2012 7:38 am

Alor Gajah: Sebuah bank di Masjid Tanah di sini, hampir musnah dibom sekumpulan lelaki yang dipercayai mahu melarikan wang dari mesin juruwang automatik (ATM), awal pagi semalam.

Kejadian di Taman Bandar Baru, ketika kebanyakan penduduk perumahan itu bersedia untuk bersahur, kira-kira jam 3.30 pagi disedari selepas terdengar letupan kuat.

Penduduk, Mohd Nazirul Mohd Nor, 26, yang tinggal berhampiran lokasi berkata beliau terkejut mendengar letupan kuat itu yang pada mulanya disangka guruh.
“Saya sedang berbual dengan abang, Mohd Nizam, 33, sementara menantikan waktu sahur sebelum tiba-tiba rumah kami bergegar akibat letupan itu.

“Saya meluru keluar dan melihat struktur bank itu hampir musnah. Serpihan kaca pecah berselerak di kawasan bank,” katanya ketika ditemui semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata, siasatan awal mendapati, empat lelaki menunggang dua motosikal cuba merompak bank berkenaan menggunakan bahan letupan bagi melarikan wang dari mesin ATM.

“Mereka dipercayai mensasarkan tiga mesin (ATM) di situ dengan dua daripadanya adalah mesin pengeluaran wang dan satu lagi mesin deposit tunai, namun letupan kuat itu menyebabkan penjenayah berkenaan dihantar ke lokap Jabatan Imigresen Jalan Duta.

==========================================================
Keamanan negara kita amat serious. Oleh itu, kerajaan mestilah ambil tindakan untuk menanaganni maslah- masalah tersebut:
1. Penguatkuasaan undang-undang
Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000
Akta Antipermerdagangan Orang 2007

2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti
Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku
Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.

3. Koordinasi antara kementerian
Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.

Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.

Mah Huei Yee (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-08-15

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum