PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peniaga yong tau fu ditemui mati di Pulau Pinang

Go down

Peniaga yong tau fu ditemui mati di Pulau Pinang  Empty Peniaga yong tau fu ditemui mati di Pulau Pinang

Post  NgKhaiLi (L6A/12) Wed Aug 15, 2012 1:13 pm

GEORGETOWN: Seorang peniaga yong tau foo yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui mati dengan beberapa kesan luka pada seluruh badannya, di sebuah restoran berdekatan Jalan Sultan Azlan Shah, di sini pagi ini.

Jurucakap polis berkata, mayat yang dikenal pasti sebagai Yong Chin Boon, 52, dipercayai dibunuh sebelum ditemui orang awam, pada jam 8.40 pagi.
"Menurut isteri mangsa, Yong keluar dari rumah pada jam 5 petang, dua hari lalu untuk mengambil bekalan kerang untuk berniaga di sebuah restoran.

"Bagaimanapun selepas tidak pulang ke rumah sehingga semalam, isterinya membuat laporan polis," katanya di sini, hari ini.

Hasil siasatan mendapati mangsa mungkin disamun sebelum dibunuh dengan objek keras kerana barangan berharga milik mangsa turut hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya. - BERNAMA

Saya berpendapat bahawa kita perlu memberitahu gerak-geri kepada keluarga supaya mereka tidak berasa bimbang.Kita perlu sentiasa berwaspada terhadap persekitaran.

NgKhaiLi (L6A/12)

Posts : 8
Join date : 2012-06-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum