PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lebih 100 Mat Rempit ditahan dalam Ops Kepung

Go down

Lebih 100 Mat Rempit ditahan dalam Ops Kepung Empty Lebih 100 Mat Rempit ditahan dalam Ops Kepung

Post  wong suk may/L6A/2012 Sat Jul 28, 2012 10:15 am

GEORGETOWN: Lebih 100 Mat Rempit yang berusia 16 hingga 25 tahun ditahan dalam Ops Kepung di Padang Kota Lama di sini awal pagi tadi, sekali gus berjaya menggagalkan percubaan lumba haram yang diatur di kawasan itu.

Semua yang ditahan termasuk para penontonnya dibebaskan selepas polis mengambil keterangan daripada mereka.

Ketua Operasi, Inspektor Muhammad Najib Zulkifli, berkata operasi dua jam yang bermula jam 2.30 pagi itu membabitkan 30 anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Hasil soal-siasat kumpulan Mat Rempit ini, mereka memberi alasan mereka hanya meronda di lokasi berkenaan sementara menunggu waktu bersahur," katanya di sini, hari ini.

Muhammad Najib berkata, polis bertindak berdasarkan maklumat orang awam yang mengatakan para remaja berkenaan menjalankan kegiatan mereka beberapa minggu lalu termasuk sepanjang Ramadan ini.

Beliau berkata, ada antara remaja terbabit lari meninggalkan motosikal masing-masing begitu saja selepas menyedari kehadiran polis.

"Terdapat juga beberapa orang yang nekad melarikan diri dengan melawan arus jalan raya tetapi cubaan mereka gagal kerana kawasan itu sudah dikepung," katanya.
Sebanyak 30 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi, tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan seumpamanya. - BERNAMA Crying or Very sad

Pada pandangan saya,remaja seharusnya memanfaatkan masa mereka dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti kokurikulum dan tidak sepatutnya melibatkan diri dalam mat rempit sunny

wong suk may/L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum