Sukan kuasa paling kuat satukan rakyat

View previous topic View next topic Go down

Sukan kuasa paling kuat satukan rakyat

Post  wongchunyew L6A on Sat Jul 21, 2012 9:22 am

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak percaya sukan adalah satu daripada kuasa yang paling kuat menyatukan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan etnik.

Perdana Menteri berkata, di Malaysia, perpaduan paling besar menerusi sukan boleh disaksikan dalam kepelbagaian rakyat ialah keghairahan untuk bola sepak. Beliau berkata demikian dalam entri terbaru berjudul ‘Malaysia Lwn Man City’, sebuah acara untuk ditonton semua dalam blognya www1Malaysiacommy, kelmarin.Katanya, keghairahan itu dapat dilihat bulan lalu apabila jutaan rakyat Malaysia memenuhi setiap restoran mamak pada awal pagi semata-mata kerana mahu menonton siaran langsung Kejohanan Bola Sepak EURO 2012.


pada pendapat saya,perpaduan merupakan perkara yang paling perlu dalam sesebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kemajmukan ini adalah satu ciri yang unik yang jarang dimiliki oleh Negara-negara lain. Apabila dalam keadaan masing-masing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang. Kemajmukan ini akan dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa jika masyarakat Malaysia membuktikan semangat perpaduan yang jitu dan utuh.

wongchunyew L6A

Posts : 2
Join date : 2012-07-21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum