Kes Buli

View previous topic View next topic Go down

Kes Buli

Post  Choy Wei Quan (L6A/2012) on Sun Jul 08, 2012 5:39 pm

Kajang: Tiga pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan, cedera dibelasah tiga lelaki, malam kelmarin. Kejadian samseng menyerang sekolah itu adalah kali kedua selepas 10 pelajar dan seorang guru penolong kanan cedera diserang lebih 20 lelaki di luar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana, Kajang, 15 Jun lalu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, tiga lelaki berusia 20-an menceroboh kawasan sekolah dan membelasah mangsa, termasuk seorang anak pegawai polis ketika mereka mengendalikan satu program untuk pelajar Tingkatan Tiga.

Kes-kes buli di sekolah semakin menambah dan merisaukan masyarakat.Pelbagai pihak harus berganding bahu dan mengorak langkah untuk menyelesaikan masalah ini.Ibu bapa harus sentiasa mengawasi gelagat anak-anak dan mendidik mereka tentang pengetahuan moral dan agama.

Selain itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen dan ceramah kesedaran di sekolah.Guru-guru juga perlu sentiasa melaporkan kepada ibu bapa sekiranya pelajar berkelakuan ganas atau aneh.

Pendek kata,masyarakat harus bekerjasama untuk mengelakkan berlakunya lagi kes buli di sekolah.

Choy Wei Quan (L6A/2012)

Posts : 6
Join date : 2012-06-24

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum