PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis tahan 100 bookie Euro 2012 libatkan wang RM49.9 juta

Go down

Polis tahan 100 bookie Euro 2012 libatkan wang RM49.9 juta Empty Polis tahan 100 bookie Euro 2012 libatkan wang RM49.9 juta

Post  wong suk may/L6A/2012 Thu Jul 05, 2012 4:07 pm

KUALA LUMPUR 4 Julai - Polis menahan 100 bookie selain empat orang kenamaan (VIP) yang dikenal pasti sebagai dalang sindiket perjudian bola sepanjang Ops Soga yang dilancarkan sempena kejohanan bola sepak Euro 2012 bermula 1 Mei sehingga kelmarin.

Daripada jumlah itu, seramai 83 lelaki dan 17 wanita termasuk dua warga Singapura dan dua warga Indonesia berusia 20 hingga 65 tahun telah diberkas dalam 61 serbuan.

Polis turut berjaya menyelamatkan nilai wang pertaruhan yang dianggarkan bernilai RM49.9 juta dalam keseluruhan 148 serbuan di seluruh negara.

Dalam operasi yang diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, sebanyak RM78,160 wang tunai dirampas.

Turut dirampas adalah 584 kertas bookie, 95 unit telefon bimbit, 72 unit komputer riba, 53 unit jalur lebar, 45 set komputer, 36 unit mesin kira-kira dan 36 unit modem.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, nilai wang pertaruhan tersebut dikira daripada had kredit yang ditetapkan oleh setiap sistem perjudian haram tersebut.

“Sebagai contoh, sistem perjudian yang ditetapkan oleh sindiket ialah RM10 juta. Jadi wang pertaruhan yang berjaya diselamatkan ialah RM10 juta walaupun ketika serbuan dibuat sindiket baru mengumpul wang pertaruhan sebanyak RM3 juta.

“Sistem perjudian tersebut juga dikesan lebih canggih daripada sebelum ini serta tidak memerlukan banyak tenaga manusia untuk menguruskannya.

“Penganjur perjudian boleh mengendalikan sistem tersebut di mana-mana malah pembayaran turut dibuat secara atas talian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Johor mencatatkan nilai pertaruhan tertinggi iaitu RM14.1 juta berbanding negeri-negeri lain.

Menurut Mohd. Bakri, wang pertaruhan yang membabitkan jutaan ringgit itu didalangi empat VIP yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Kejohanan Piala Dunia 2010 lalu.

“Biasanya, individu yang pernah terlibat dalam kegiatan ini akan bergerak di ‘belakang’ dan merekrut orang-orang baru untuk dijadikan bookie bola.

“Kebanyakan transaksi semasa proses pertaruhan dikesan secara atas talian menggunakan laman web rangkaian kasino yang ada di luar negara seperti Macau, Vietnam, Singapura dan Hong Kong," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara antara tiga dan lima tahun dan denda antara RM50,000 dan RM200,000 jika sabit kesalahan.

“Kita mengenal pasti beberapa sindiket terlibat dalam pertaruhan ini dan penyiasatan turut dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA)," kata beliau.

Katanya, pihak polis sedang bekerjasama dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang berpangkalan di Bangkok, Thailand, bagi mengesan saki-baki sindiket-sindiket judi bola tersebut.



Pada pendapat saya,polis di negara kita memang akan menahan banyak bookie ataupun penjudi semasa musim bola sepak seperti EURO ini ataupun World cup ,tetapi masih banyak orang yang sanggup mengambil risiko untuk berjudi.. Mad

wong suk may/L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum