PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ruangan khas tangani jenayah

Go down

Ruangan khas tangani jenayah Empty Ruangan khas tangani jenayah

Post  TioYouLing(L6A/12) Fri Jun 29, 2012 3:50 pm

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Berita Harian untuk membantu menangani kegiatan jenayah.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kerjasama didorong kesungguhan Berita Harian membantu yayasan itu menyebarkan maklumat mengenai pencegahan jenayah.
“Kerjasama ini diharapkan dapat memupuk kesedaran masyarakat supaya memainkan peranan membantu polis mencegah jenayah.
“Melalui ruangan khas ini, pihak MCPF akan menyampaikan segala maklumat dan tip mengenai pencegahan jenayah supaya masyarakat dapat memahami, seterusnya mengamalkannya demi keselamatan mereka,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Balai Berita, di sini.
Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan timbalannya, Mahfar Ali serta EXCO MCPF.
Sementara itu, Mior Kamarul Shahid berkata, usaha itu adalah salah satu tanggungjawab Berita Harian kepada masyarakat bersesuaian dengan moto, ‘Satu Untuk Semua.
“Ruangan ini penting kerana jenayah boleh berlaku di mana saja. Selain itu, pengenalan ruangan khas ini juga adalah salah satu acara sempena sambutan ulang tahun Berita Harian Kke-55 pada Ahad ini,” katanya.
Ruangan khas itu bakal disiarkan pada setiap Isnin dan Khamis di kolum Suara Komuniti dalam menyambut baik usaha yang ingin dijalankan oleh MCPF.

Pada pendapat saya, masyarakat perlulah meluangkan masa untuk membaca ruangan khas yang telah disediakan di dalam BERITA HARIAN supaya dapat menyedarkan diri jenayah itu akan membawa banyak keburukan kepada kita. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita mestilah bekerjasama bagi menangani jenayah sebelum masalah ini menjadi api dalam sekam yang mampu memudaratkan nyawa sesiapa orang.

TioYouLing(L6A/12)

Posts : 2
Join date : 2012-06-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum