PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Guru dikerah bekerja 9 jam,banyak pihak mula berbalah.

Go down

Guru dikerah bekerja 9 jam,banyak pihak mula berbalah. Empty Guru dikerah bekerja 9 jam,banyak pihak mula berbalah.

Post  Tan Yew Wai L6A/2012 Thu Jun 28, 2012 6:50 pm

Baru2 ni kita diberitakan bahawa akan ada usaha utk m'buatkan cikgu2 kat sekolah b'kerja selama 9 jam dlm 1 hari. Kira cikgu ni dah ikut masa mcm p'jawat awam yg len. Semua dh sedia maklum yg tugas cikgu rata2 boleh dikatakan masuk pukul 8 pg dan pukul 2 dh boleh cabut. tapi adakah andaian kita benar?

Pada pendapat admin,tugas cikgu bukanlah sekadar 8-2pm,malah tugas cikgu2 ni m'cakupi sampai ke mlm. cikgu takkan sempat nak tanda buku2 kerja sekolah sbb diorg ni dh sibuk dgn aktiviti waktu siang cthnya kokurikulum,sukan dan mcm2 lg. Belum lg kalo sekolah jd penganjur satu2 kejohanan,cikgulah yg sibuk m'jd urusetia.

Berdasarkan statistik terbaru oleh Regus, hampir separuh rakyat Malaysia atau lebih tepat 48% yg bekerja, kerja lebih 8 jam dalam sehari. admin yakin bahawa cikgu2 juga t'golong dlm 48% tersebut. malah, cikgu2 ada yg sanggp bekerja pada hari sabtu dan ahad terutamanya cikgu2 sekolah asrama.

Pihak kementerian pelajaran akan menjadikan 5,000 guru dari 104 buah sekolah sebagai “bahan eksperimen” kepada sistem waktu bekerja iaitu guru kerja 9 jam mulai Januari 2012 meliputi 4 negeri seperti Pahang, Melaka, Johor & Sarawak. Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Namun dua kesatuan berkaitan guru iaitu Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) d an Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kurg b'setuju dengan syarat t'sebut dan mengenakan syarat yg agak ketat kepada pihak kementerian kalo nk laksanakan jugak sistem 9 jam tersebut. Antara syarat tersebut adalah kementerian Pelajaran perlu menyediakan pembantu guru terlebih dahulu dan keluarkan arahan tiada sebarang aktiviti pada Sabtu dan Ahad jika mahu memperkenalkan sistem kerja sembilan jam untuk guru, mulai tahun depan.

Syarat tersebut jelas sgt sukar utk dipenuhi oleh kementerian sbb nak amik pembantu cikgu,dh jd 1 kos lg. lepas tu nk kena bg training dan sebagainya. Sistem ni jugak menyebabkan cikgu semakin t'beban dgn kerja dan kurg masa utk diluangkan b'sm keluarga.

Jelaslah masih banyak perbalahan dalam isu ni. Kesukaran m'dpt kata sepakat bg penyelesaian isu waktu bekerja cikgu2 ni akan m'jd duri dalam daging kepada sistem pendidikn Malaysia. Kita memerlukan seberapa byk cikgu yg ikhlas mengajar. Pihak kementerian perlu sedar, dalam pendidikan, kuantiti bukanlah m'jd ukurantp kualiti cikgu tersebut perlu diutamakan.

Sistem2 yg baru nak dikenalkan perlu dikaji betul2,xnak la jd mcm isu PPSMI dimana negara kerugian b'puluh2 juta sebab kena tukar buku teks,kena bg latihan kat cikgu tp last2 dimansuhkan. Jgn smpai cikgu2 mengadakan piket dan mogok,rugi dan memalukan negara nnt.

[i]Dipetik dari "Isu-isu Semasa Malaysia".

Tan Yew Wai L6A/2012

Posts : 2
Join date : 2012-06-23

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum