Lelaki hilang ditemui mati, kepala hampir putus

View previous topic View next topic Go down

Lelaki hilang ditemui mati, kepala hampir putus

Post  hasrul L6A on Thu Jun 28, 2012 5:40 pm

Lelaki hilang ditemui mati, kepala hampir putus
28/06/2012 7:32pm

KUALA LUMPUR Misteri kehilangan seorang lelaki tempatan yang dikatakan hilang sejak Sabtu lepas terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam longkang di Segambut Gate di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt. Othman Abu Bakar berkata, mayat lelaki berumur 35 tahun itu ditemui orang awam pukul 1.30 tengah hari dalam keadaan perutnya yang sudah kembung, leher diikat dan kepala ditutup dengan selimut.

"Mayat lelaki yang berasal dari Segambut itu ditemui tersangkut di perangkap sampah dengan berpakaian kemeja-T dan berseluar pendek. Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati ada enam kesan tikaman di dada kanan lelaki itu selain kepalanya hampir putus, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, laporan pihak hospital menunjukkan lelaki itu mati dua hari lepas. Isteri lelaki itu sebelum ini membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada Isnin lepas.

hasrul L6A

Posts : 7
Join date : 2012-06-23

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum