PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bahasa Melayu dalam teknologi maklumat

Go down

Bahasa Melayu dalam teknologi maklumat Empty Bahasa Melayu dalam teknologi maklumat

Post  Yap Wai Hoong L6A (2012) Wed Jun 27, 2012 10:45 am

KEUPAYAAN dan kejayaan ketamadunan Melayu dalam aspek rancangan teknologi maklumat bergantung kepada sejauh mana kandungan serta komuniti yang menggunakan bahasa Melayu berusaha untuk membangunkannya.

Penekanan terhadap bahasa Melayu dalam rancangan teknologi maklumat tanah air pernah dibuat bekas Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Allahyarham Datuk Dr Hassan Ahmad, pada Sidang Ke-40 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada 2001.
Pandangan Dr Hassan itu disorot kembali secara serius pada Syarahan MABBIM Ke-5: Penyebaran Ilmu dan Penerusan Tamadun Pribumi Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pensyarah Kulliyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, berkata kandungan yang menjadi komponen sistem teknologi maklumat menjadi inti pati ketamadunan yang perlu disimpan, diproses dan disebarkan kepada warga komuniti tempatan serta global.

“Sekiranya kandungan disimpan dalam bahasa Melayu untuk menyebar ilmu dan melatari tamadun, maka teknologi pemprosesan bahasa Melayu perlu diwujudkan.

“Ini kerana asas kepada kandungannya ialah teks, iaitu bahasa tabii yang menggambarkan apa yang ada dalam fikiran kita dan diungkapkan dalam bentuk teks,” katanya pada syarahan yang dipengerusikan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPN), Prof Madya Daruis Lidin.

Prof Tengku Mohd berkata, kecenderungan penulis blog untuk menulis dan mengupas nilai budaya bangsa yang baik daripada pelbagai termasuk segi agama, politik dan ekonomi perlu digalakkan.
“Ia akan membina komponen sistem teknologi maklumat yang seterusnya, iaitu komuniti yang dapat menghayati tamadun Pribumi. Komuniti dalam sistem teknologi maklumat yang menyedari kewujudan jati diri dan menjadikannya sebagai identiti inilah yang akan membina tamadun yang diharapkan,” katanya pada syarahan yang turut dihadiri Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan dan pakar bahasa, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim.

Bagi Prof Tengku Mohd, kepentingan penggunaan bahasa Melayu itu, dapat dimanfaatkan kerana era web 2.0 yang dialami kini menjadikan sempadan antara penjana maklumat dengan pengguna maklumat sebagai sempadan yang kelabu.

“Kita sebagai penjana maklumat dalam web dan rangkaian laman sosial seperti Facebook dan Wikipedia, tetapi kita juga yang menjadi pengguna maklumat yang berada dalamnya.

“Malah, kita juga dalam permulaan era web 3.0 apabila komputer bukan saja menyimpan maklumat yang diberi dan dijana oleh manusia, bahkan ia memahami dan memproses maklumat itu dengan lebih pantas dan betul,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kepentingan kandungan dan komuniti kerana sekiranya ia tidak mempunyai ilmu dan nilai yang melambangkan jati diri ketamadunan, maka kekalutan boleh berlaku.

“Usaha utama yang patut ditumpukan demi kemajuan teknologi bahasa Melayu ialah pembentukan leksikografi elektronik yang lengkap bagi perkataan Melayu.
“Leksikografi ini perlu mengandungi maklumat asas bagi setiap perkataan daripada segi fornem, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik,” katanya.

Beliau turut mencadangkan nahu pengkomputeran untuk bahasa Melayu diperlengkapkan supaya pemproses seperti huraian, penterjemahan dan pemahaman ayat dapat dilakukan secara automatik, sekali gus kewujudan bahan elektronik asas itu bakal membuka pintu seluas-luasnya untuk penyelidikan teknologi dalam bahasa Melayu.

Yap Wai Hoong L6A (2012)

Posts : 1
Join date : 2012-06-27
Age : 29

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum