PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemilik restoran warga emas maut ditetak dalam cubaan rompak

Go down

Pemilik restoran warga emas maut ditetak dalam cubaan rompak Empty Pemilik restoran warga emas maut ditetak dalam cubaan rompak

Post  yingchor(L6A/2012) Fri Jun 22, 2012 5:53 pm

KLANG: Seorang lelaki warga emas maut ditetak ketika cuba menghalang dua lelaki daripada merompak restorannya di Lorong Tapah off Jalan Goh Hock Huat, di sini, pagi tadi.
Tan Ah Kang, 62, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan tangan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata kejadian berlaku jam 6.45 pagi ketika Tan baru saja membuka restorannya sambil dibantu seorang pekerja wanita warga Indonesia.
Seorang lelaki berbadan besar meluru masuk ke dalam restoran dan menuju ke kaunter wang dengan cuba membuka laci namun gagal berkunci, katanya menerusi sistem pesanan ringkas.
"Suspek menyuruh mangsa membuka laci itu tetapi mangsa enggan dan cuba menghalang suspek menyebabkan berlaku pergelutan.
"Kemudian, masuk seorang lagi lelaki bersaiz kurus dan berkemeja biru lalu menyerang mangsa dengan menetak kepala dan tangannya menggunakan parang menyebabkan mangsa rebah di belakang restoran," katanya.
Mohamad berkata, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta tanpa sempat mengambil wang dari restoran berkenaan.Beliau berkata, pekerja wanita itu tidak dicederakan dan pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di restoran tersebut dalam usaha memburu kedua-dua suspek.
Mayat Tan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk dibedah siasat.
Mohamad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Crying or Very sad


Kesan utama bagi rompakan ialah keamanan masyarakat akan terjejas. Apabila keamanan masyarakat terhadap sebuah negara terjejas,ia bukan sahaja membimbangkan penduduk-penduduk dan pelabur asing malah ia juga akan menjejaskan imej terhapap negara tersebut. Ini kerana kes rompakan bukan sahaja akan mencederakan orang malah ia juga akan menyebabkan orang kehilangan nyawa. Dengan ini, penduduk-penduduk akan berasa nyawa mereka tergugat. Oleh sebab ini, penduduk negara tersebut akan sentiasa beradaan dalam keadaan yang tidak tenteram dan rasa bimbang. Sad

Langkah-langkah bagi mengatasi masalah rompakan ialah pihak kerajaan boleh menguatkan kuasa undang-undang negara tersebut seperti memberi hukuman rotan, hukuman penjara seumur hidup, hukuman denda yang banyak dan memberi hukuman gantung sampai mati kepada mereka yang membunuh semasa merompak. Pihak kerajaan juga boleh memberi subsidi kepada penduduk-penduduk apabila berlakunya kemelesetan ekonomi supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa menghadapi masalah kewangan. Pihak polis perlulah sentiasa membuat rondaan bagi tempat-tempat yang sering berlaku rompakan supaya memastikan kes-kes tersebut tidak berlaku lagi dan nyawa penduduk tidak akan digugat. Smile



yingchor(L6A/2012)

Posts : 1
Join date : 2012-06-21
Age : 29

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum