CUEPACS anggap isu SBPA selesai

View previous topic View next topic Go down

CUEPACS anggap isu SBPA selesai

Post  sheauhong on Fri Mar 09, 2012 6:26 pm

Kongres gembira sebahagian besar tuntutan kakitangan awam dipenuhi

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganggap isu dan polemik mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai selepas ia dibatalkan dan penggajian diteruskan mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM). Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perkara itu melegakan dan menggembirakan lebih 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara.


Kita harap selepas ini, kakitangan kerajaan akan lebih fokus kepada tugas masing-masing dan tidak timbul lagi soal tidak puas hati kerana sebahagian besar tuntutan kita sudah dipenuhi. - Datuk Omar Osman, Presiden CUEPACS.
Katanya, kenaikan gaji itu adalah adil dan saksama serta memberi kebaikan kepada semua penjawat awam kerana SBPA membentuk jurang antara kumpulan pengurusan dengan kumpulan utama.

“Kita harap selepas ini, kakitangan kerajaan akan lebih fokus kepada tugas masing-masing dan tidak timbul lagi soal tidak puas hati kerana sebahagian besar tuntutan kita sudah dipenuhi.

“Kalau nak ikut rasa tidak puas hati sampai bila pun masalah tidak selesai... sekarang kita kena jenamakan semua sikap kerana CUEPACS sentiasa berunding untuk menambahbaik gaji kakitangan awam,” katanya.

Dalam pada itu, Omar juga gembira kerana kerajaan turut memansuhkan dasar pemisah (exit policy) selari pembatalan dasar SBPA.
Beliau berkata, dengan pelarasan gaji berkenaan, tidak ada lagi kakitangan awam menerima pendapatan kurang daripada gaji minimum swasta yang diumumkan antara RM800 hingga RM1,000 baru-baru ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng, berkata laluan kerjaya yang lebih luas bagi guru memberi manfaat kepada lebih 400,000 golongan itu di seluruh negara.

“Langkah ini menunjukkan golongan pendidik tetap diberikan keutamaan oleh kerajaan kerana guru siswazah (Gred DG41) dan bukan siswazah (DG29) kini tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk naik pangkat atau gred lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) pula meminta kerajaan mengawal kenaikan harga barang di pasaran selepas pengumuman Perdana Menteri supaya tidak menjejaskan penjawat awam yang menikmati pelarasan gaji serta kenaikan elaun sara hidup.

Presidennya, Khairil Niza Khairuddin, berkata selain itu KPISM berharap kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan sentiasa berbincang serta berhubung rapat dengan CUEPACS dalam menentukan hala tuju skim perkhidmatan awam yang lebih baik dan jitu pada masa depan.

sheauhong

Posts : 3
Join date : 2012-02-15

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum