PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Aliran sastera senang lulus, mudah cari kerja

Go down

Aliran sastera senang lulus, mudah cari kerja Empty Aliran sastera senang lulus, mudah cari kerja

Post  Tan Pei Ying Wed Feb 15, 2012 3:56 pm

Peratus pelajar ikuti jurusan sains kian menurun

PELUANG pekerjaan yang terbuka luas, gaji lumayan dan mudah lulus dikenal pasti antara punca ramai pelajar sekolah memilih aliran sastera sehingga peratus pelajar mengambil jurusan sains menurun 29 peratus tahun ini.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, ramai pelajar yang beranggapan aliran sains sukar untuk lulus dan selepas menamatkan pengajian belum tentu mereka diterima bekerja kerana kekosongan jawatan yang terhad.
Di UPSI, kami terpaksa melatih semula graduan bidang sains dan matematik untuk mengajar subjek lain disebabkan semakin ramai pelajar memilih aliran sastera sehingga menutup peluang mereka menjadi guru dua subjek itu. - Prof Zakaria Kasa, Naib Canselor Universiti Pendidikan “Di UPSI, kami terpaksa melatih semula graduan bidang Sains dan Matematik untuk mengajar subjek lain disebabkan semakin ramai pelajar memilih aliran sastera sehingga menutup peluang mereka menjadi guru dua subjek itu,” katanya kepada media bersempena dengan kunjungan rasmi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke UPSI di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa dan Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Tan Sri Abi Musa Assari Mohamed Nor.

Mohamed Khaled sebelum itu dalam amanat tahun barunya dilaporkan berkata, sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains menurun sehingga 29 peratus tahun ini dan keadaan itu berterusan ke peringkat universiti.

Beliau berkata, jika keadaan itu berlanjutan boleh membantutkan usaha meningkatkan program inovasi dan teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju serta berpendapatan tinggi.
Dalam perkembangan lain, Prof Zakaria berkata, sebuah sekolah makmal yang menempatkan prasekolah sehingga Tingkatan Enam Atas akan dibina di tapak seluas 18.4 hektar di Kampus UPSI di Bandar Proton, Tanjung Malim.

Katanya, pembinaan bangunan berkenaan menerusi peruntukan awal RM15 juta masing-masing RM10 daripada dana UPSI dan RM5 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau berkata, sekolah itu memudahkan latihan amali dan eksperimen pelajar UPSI, manakala semua tenaga pengajar, kurikulum dan pengetua sekolah itu dilantik pihak universiti.

“Selain itu, UPSI bakal menubuhkan Makmal Penyelidikan Pendidikan untuk kemudahan pensyarah menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara,” katanya.

Mengenai tindakan sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi haram di pekarangan UPSI, baru-baru ini, katanya hanya dua pelajar universiti itu terbabit dan mereka sudah dikenakan tindakan tatatertib.

Tan Pei Ying

Posts : 4
Join date : 2011-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum