PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Had usia bersara sektor swasta ke Parlimen

Go down

Had usia bersara sektor swasta ke Parlimen Empty Had usia bersara sektor swasta ke Parlimen

Post  sheauhong Wed Feb 15, 2012 4:11 pm

Had usia bersara sektor swasta ke Parlimen
2012/02/15
PUTRAJAYA: Penggubalan Rang Undang-Undang Persaraan Pekerja Swasta untuk menaikkan umur persaraan mandatori daripada 55 kepada 60 tahun dengan pilihan dilanjutkan sehingga 64 tahun, kini pada peringkat akhir dan dijangka dibentangkan di sidang Parlimen yang bermula 12 Mac ini.

Ia bertujuan menyelaraskan had usia bersara sektor swasta dengan had persaraan kakitangan awam, berikutan peningkatan jangka hayat rakyat yang kini mencecah purata 75 tahun berbanding 55 tahun ketika zaman kemerdekaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ia bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2012, yang mengumumkan had persaraan kakitangan awam dinaikkan kepada 60 tahun berbanding 58 tahun sebelum ini.
“Bagaimanapun, ada satu atau dua perkara yang perlu diteliti. Selepas ia selesai, kita akan bentang pada sidang Parlimen akan datang,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membolehkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mendapatkan pengiktirafan berkembar, di sini, semalam.

MoU antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Persatuan Teknologi Industri Pengkomputeran (CompTIA), London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) dan Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) itu mewujudkan kerjasama serta pengiktirafan berkembar bagi SKM pada peringkat antarabangsa.

Berikutan itu, pelajar yang mengikuti latihan kemahiran dalam negara, sama ada di institusi awam atau swasta, kini boleh memperoleh sijil berkembar iaitu SKM dan sijil setaraf dengannya yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

“Pendekatan ini selaras dengan tujuan kerajaan meningkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan, bertepatan dengan wawasan menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Selain itu, pengiktirafan seumpamanya akan memudahkan syarikat multinasional yang beroperasi di sini memilih pekerja tempatan, terutama yang memiliki SKM kerana sudah ada sijil berkembar yang merujuk kepada tahap kelayakan setaraf yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa,” katanya.

Mengenai proses pemadanan kerja dalam Program 6P, Dr Subramaniam berkata, ia sudah dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan beberapa kementerian berkaitan tetapi hanya boleh dimuktamadkan selepas proses pemutihan berakhir pada 10 April ini.

Katanya, bagi menyegerakan proses di bawah Program 6P, Kementerian Sumber Manusia bersetuju dengan permintaan KDN supaya menguruskan sendiri pendaftaran pekerja asing yang mana majikan yang sudah mendaftar pekerja mereka sebelum ini boleh melakukan pemutihan terus di KDN.

sheauhong

Posts : 3
Join date : 2012-02-15

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum