PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Amerika sambut baik hapus ISA

Go down

Amerika sambut baik hapus ISA Empty Amerika sambut baik hapus ISA

Post  Tan Yuong Huai (U6B/12) Tue Sep 20, 2011 7:28 pm

IPOH: Amerika Syarikat (AS) menyambut baik keputusan Malaysia untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia membuktikan komitmen pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk mewujudkan kebebasan sivil.
Sehubungan itu, Duta Besar AS ke Malaysia, Paul W Jones, berkata negara itu sedia berkongsi pengalaman dengan Malaysia dalam menggubal undang-undang baru antikeganasan bagi menggantikan ISA yang dianggap tidak lagi relevan sekarang.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada Malaysia untuk menggubal bentuk undang-undang baru berkaitan perkara itu kerana setiap negara mempunyai pendekatan dan masalah berbeza dalam menangani masalah keganasan atau ancaman kumpulan pengganas.

“Kami ada mendengar dan baca apa yang Perdana Menteri umumkan dan ia sesuatu yang menggalakkan dalam mewujudkan kebebasan sivil.

“Saya juga mendengar Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendapatkan pengalaman kami dan Britain dalam menggubal akta antikeganasan. Bukan kami yang akan membuat keputusan, itu hak Malaysia, tetapi kami bersedia dan gembira untuk berkongsi, " katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di pejabatnya di sini, semalam.

Jumaat lalu, Najib dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan ISA dimansuhkan terus dan dua undang-undang baru akan digubal mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah.
Jones berkata, pengalaman Amerika Syarikat ketika undang-undang antikeganasan mahu dibentangkan terdapat debat yang hebat dan perbincangan meluas kerana dibimbangi ia akan mengakibatkan terhakisnya kebebasan sivil tetapi negara itu berjaya mewartakan undang-undang itu tanpa menyekat kebebasan sivil yang diamalkan selama ini.

Katanya, di seluruh dunia kini terdapat minat yang tinggi terhadap isu kebebasan sivil dan dalam masa sama mengekang kegiatan keganasan yang kini menjadi cabaran kepada banyak kerajaan tetapi Malaysia sudah membuktikan komitmennya ke arah itu menerusi pemansuhan ISA.


Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2011/09/20

Tan Yuong Huai (U6B/12)

Posts : 2
Join date : 2011-05-22
Age : 30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum