CETAK ROMPAK

View previous topic View next topic Go down

CETAK ROMPAK

Post  manying L6B on Sun Nov 20, 2011 7:57 am



Apakah punca masalah cetak rompak dan jelaskan kesan masalah ini .

Pendahuluan :
Dahulu kala , penjualan barang tiruan dijalankan secara tersorok .
Kini , menjualnya secara terbuka di pasar malam dan memperkecilkan Akta Reka Cipta .
Menciplak buku , perisisan komputer , CD , VCD , DVD , baju dan jam tangan

Isi-isi :
PUNCA MASALAH CETAK ROMPAK
Amat menguntungkan
Sifat perniagaan amat menguntungkan .
Kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah .
Kos sekeping VCD bernilai RM 1.00 tetapi dijual dengan RM 4.00 hingga RM 7.00 .
Tidak mengiklankan barangan kerana publisiti ini dijalankan oleh syarikat pengeluar barangan asli .
Tidak membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan .
Tidak membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi dan penulis lirik .

Undang-undang
Orang ilmu dan modal berasa sedih kerana kekayaan mereka dirompak oleh perompak ilmu dan seni .
Menguatkuasakan Akta Reka Cipta dan Bentuk dengan menangkap mereka .
Hukuman ringan tidak memberi keinsafan kepada peniaga cetak rompak .
Menghadapi masalah mengadakan serbuan kerana kekurangan kakitangan .
Susah mengesani peniaga cetak rompak .
Pegawai penguakuasa diikuti oleh tonto penjual barang cetak rompak .

Sambutan pengguna
Pengguna suka membeli barangan cetak rompak . Harga barangan cetak rompak murah .
Barangan asli bernilai RM 40.00 dibandingkan dengan harga barangan rakam rompak bernilai RM 5.00 .
Membeli jam tangan Rolex - RM 25.00 berbanding dengan Rolex asli yang bernilai RM 15,000.00 .
Membeli barangan ini kerana kurang berkemampuan dan suka menunjuk-nunjuk .
Tidak mempedulikan kualiti barangan dan bentuknya hampir sama sahaja .
Sambutan baik menyebabkan perniagaan cetak rompak menjadi berleluasa .

KESAN MASALAH CETAK ROMPAK
Terhadap Kerajaan , Penerbit , Swasta
Rugi kerana peniaga cetak rompak tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan .
Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang banyak .
Syarikan EMI & Sony Music dan syarikat penerbitan Sasbadi mengalami kerugian dalam perniagaan .
Membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan memdapat balik modal mereka .
Kerajaan kita hilang sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangunan negara .
Melambatkan proses pembangunan akibat kekurangan sumber pendapatan .

Kesan Terhadap Ahli Seni
Penulis buku dan penyanyi menerima tamparan yang kuat .
Tidak mempunyai pendapatan yang tetap . Bergantung kepada komisyen hasil penjualan .
Tidak memdapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka .
Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang lumayan .
Melemahkan semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka .
Banyak pemuda-pemudi tidak berminat dengan bidang kesenian akibat masalah ini .

Kesimpulan :
Kegiatan cetak rompak perlu dibanteras secara kolektif .
Tindakan awal mengatasi masalah ini kerana setiap penyakit ada penawarnya .
Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Jabatan Polis , Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri mestilah mempergiatkan operasi mereka .

manying L6B

Posts : 7
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum