Jepun tidak mahu mengungkit sejarah hitam kembali: Noda

View previous topic View next topic Go down

Jepun tidak mahu mengungkit sejarah hitam kembali: Noda

Post  Jia Mei L6B on Sat Sep 24, 2011 6:56 am

NEW YORK: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda, berkata negara itu akan meningkatkan sumbangan kepada masyarakat antarabangsa dan bukannya mengingat kembali sejarah selepas gempa bumi dan tsunami yang melanda pada Mac lalu.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Noda memberitahu bahawa Jepun boleh menjadi peneraju dalam meningkatkan keselamatan nuklear di seluruh dunia dengan cepat dan tepat serta berkongsi pengalaman kemalangan loji kuasa akibat bencana.
Noda juga berjanji untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada Selatan Sudan serta Timur Laut Afrika dan menyokong pendemokrasian di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Noda mengambil alih jawatan tiga minggu lalu dan menjadi Perdana Menteri keenam Jepun dalam tempoh lima tahun.

Beliau menghadapi cabaran menggerunkan bagi mengubah kelembapan ekonomi selama satu dekad melalui penggubalan rang undang-undang besar-besaran.

Jia Mei L6B

Posts : 10
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum