PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM

4 posters

Go down

Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM  Empty Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM

Post  ChenLinU6B Wed Aug 31, 2011 7:12 am




PAGOH: Ribuan rakyat pelbagai kaum dan agama dari sekitar Pagoh menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari ini.

Turut hadir pemimpin parti komponen Barisan Nasional termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, anaknya Chua Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin tempatan.
Rumah terbuka yang berlangsung dari jam 9 pagi tadi sehingga 3 petang ini dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 hari ini, bacaan ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.
Dr Chua yang ditemui pemberita, berkata sambutan hari raya tahun ini sangat istimewa kerana serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

"Kita berasa bangga kerana hari raya disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan ke-54 yang mana memperkuatkan lagi perpaduan di antara pelbagai kaum dan benar-benar menggambarkan semangat 1Malaysia," katanya.

Pendapat itu turut dikongsi Ketua MIC Bahagian Pagoh, T Subramaniam yang menyifatkan sambutan kali ini dapat mempereratkan perpaduan rakyat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada pandangan saya,rumah terbuka memang boleh mengeratkan hubangan antara pelbagai kaum .Aktiviti rumah terbuka ini juga dapat menggambarkan semangat satu Malaysia secara tidak langsung . Oleh itu,aktiviti rumah terbuka merupakan satu langkah drastik untuk mengeratkan hubungan antara kaum . Smile
.

























P

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM  Empty Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM

Post  Jia Mei L6B Sat Sep 24, 2011 7:03 am

Konsep rumah terbuka yang sering dicanangkan memang harus dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk kita.Perasaan seronok memenuhi semua kaum dalam merayai pelbagai perayaan bersama-sama secara besar-besaran.

Jia Mei L6B

Posts : 10
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM  Empty Re: Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM

Post  Lim Wai Mun U6b Thu Oct 20, 2011 5:35 pm

Rumah terbuka merupakan suatu peluang bagi pelajar dari tempat atau negara yang berbeza dapat berkomunikasi dan pertukaran budaya yang berbeza. Oleh itu, kita dapat mengeratkan hubungan antara murid secara langsung berbanding dengan melalui internet ataupun alat berkomunikasi.

Lim Wai Mun U6b

Posts : 9
Join date : 2011-05-21
Age : 30

Back to top Go down

Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM  Empty Re: Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM

Post  Lixin Lim [U6B] Fri Oct 21, 2011 9:22 am

Saya bersetuju.Hal ini kerana aktiviti rumah terbuka juga memerlukan keberanian untuk melangkah ke depan supaya dapat mengundang tetamu untuk datang sesama kaum.Selain itu,isu-isu kitar semula juga ditegakkan pada kini.Jadi saya juga cadangkan aktiviti gotong-royong yang mampu membersihkan persekitaran terutamanya di kawasan tempat tinggal serta dapat mengeratkan hubungan antara jiran yang berbagai-bagai kaum.

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM  Empty Re: Ribuan kunjungi rumah terbuka TPM

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum