PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harga ikan naik sekali ganda

2 posters

Go down

Harga ikan naik sekali ganda Empty Harga ikan naik sekali ganda

Post  ChenLinU6B Tue Jun 28, 2011 12:59 pm


KUALA KEDAH: Faktor cuaca tidak menentu termasuk ribut dan ombak besar sejak seminggu lalu menyebabkan harga ikan kembung dan hasil tangkapan laut di negeri ini meningkat hampir sekali ganda berbanding harga biasa.
Difahamkan, harga borong ikan kembung naik daripada RM2 hingga RM3 sekilogram sebelum ini kepada RM4 hingga RM5, manakala harga pasaran mencecah sehingga RM7 hingga RM8 sekilogram.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah, Mohd Noor Had berkata, masalah kekurangan hasil tangkapan yang berlaku ketika ini menyebabkan harga ikan meningkat sejak seminggu lalu.

“Harga pasaran ikan di pasar besar dan pasar di sekitar negeri ini meningkat berikutan nelayan sukar memperoleh hasil tangkapan yang banyak seperti biasa,” katanya sambil menjangkakan harga ikan akan stabil dan pulih seperti sedia kala apabila keadaan cuaca beransur baik.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata, hanya bot pesisir pantai di kawasan itu tidak turun ke laut, manakala bot laut dalam seperti Zon B dan C serta C2 turun seperti biasa.

Katanya, walaupun bot besar turun ke laut menangkap ikan, hasil tangkapan tetap berkurangan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan ikan di kawasan itu.
“Jika keadaan cuaca baik sekalipun, kita percaya hasil tangkapan tetap kurang daripada biasa kerana musim ini ialah musim ikan kurang dan berharap keadaan kembali pulih dalam waktu terdekat ini," katanya.

Tinjauan Berita Harian di pelantar ikan Seberang Kota dan Tandop Kubang Rotan di sini mendapati, kawasan itu yang sebelum ini sibuk dengan aktiviti nelayan mengasingkan hasil ikan yang baru ditangkap, kini lengang sejak seminggu lalu, malah banyak bot pesisir pantai tersadai di tepi kuala.

Nelayan, Che Omar Osman, 54, berkata, faktor cuaca dan ribut yang berlaku di tengah laut menyebabkan nelayan terpaksa berpatah balik dengan membawa hasil pulang yang tidak sampai 10kg sejak seminggu lalu.

“Walaupun terpaksa membeli petrol sendiri kerana tidak memiliki lesen sah dari Jabatan Perikanan, kami bersama beberapa rakan yang lain tetap turun ke laut untuk menyara keluarga dengan hasil pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari,” katanya.

Peniaga ikan, Salmiah Ramli, berkata sebelum ini mereka menjual antara 300 hingga 400kg ikan tetapi sekarang hanya kira-kira 10kg sehari.

“Kami tidak boleh menurunkan harga lebih rendah berbanding biasa untuk mengelak rugi kerana kebanyakan nelayan pantai di sini tidak dapat membeli minyak subsidi dan terpaksa menggunakan wang sendiri," katanya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuaca tak menentu termasuk ombak besar telah menghalang nelayan ke laut.Dengan keadaan ini,apakah usaha yang patut kita lakukan untuk mengawal harga ikan yang semakin naik harganya?Apakah langkah efektif untuk menyelesaikan isu yang "HANGAT" ini?Marilah kita bincangkan Very Happy .

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Harga ikan naik sekali ganda Empty Re: Harga ikan naik sekali ganda

Post  Lixin Lim [U6B] Mon Jul 04, 2011 4:20 pm

Pada pendapat saya,jika penghasilan ikan semakin berkurang lagi,kerajaan patutlah mengambil tindakan yang sepatutnya seperti boleh menitikberatkan sektor ini dan memberi elaun untuk minyak subsidi kepada semua nelayan yang menhadapi masalah kekurangan modal.Saya amat percaya bahawa ada sesetengah nelayan mempunyai konsep diri sendiri untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai nelayan yang dedikasi.Untuk pengetahuan asas kepada semua bahawa menangkap ikan merupakan kerja utama kepada nelayan untuk menyara keluarga mereka.Secara langsungnya berita ini juga memaparkan musim kini adalah kekurangan ikan walaupun cuacanya baik.Oleh sebab itu,saya berharap masalah ini akan bertukar menjadi lebih baik lagi.

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum