Jual organ bayar hutang suami

View previous topic View next topic Go down

Jual organ bayar hutang suami

Post  Tan Pei Ying on Thu Jun 16, 2011 12:10 pm

Wanita tawar buah pinggang, sebelah kornea mata pada harga RM1 juta

JOHOR BAHRU: Trauma diancam samseng pengutip hutang yang dihantar sebuah syarikat kewangan berlesen bagi menuntut hutang ditanggung suaminya, seorang ibu muda dari Kulaijaya di sini, mahu menjual buah pinggang dan kornea matanya pada harga RM1 juta.
Hasrat wanita berusia 35 tahun itu terbongkar ketika dia mengunjungi pejabat Bahagian Pengiklanan, The New Straits Times Press (NSTP) di Bandar Baru UDA di sini, untuk membeli ruangan bagi mengiklankan jualan sebiji buah pinggang dan kornea sebelah matanya.

Beliau mahu menjual dua organ berkenaan kepada sesiapa saja yang berminat membayar jumlah terbabit, tanpa menyedari perbuatannya adalah menyalahi undang-undang.

Ibu kepada seorang bayi berusia 19 bulan itu, berkata dia nekad mahu menjual organ berkenaan kerana tidak tahan lagi menanggung beban hutang selepas suaminya meminjam dengan sebuah syarikat kewangan berlesen di Kuala Lumpur yang mengenakan faedah sehingga RM6,000 sebulan.

Katanya, suaminya mendapat pinjaman RM30,000 daripada syarikat terbabit selepas seorang rakan menjanjikan kontrak menambak tanah di Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) dekat Sepang, yang perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan sebelum Ramadan tahun lalu.

“Suami saya diminta menyediakan 100 hingga 200 lori untuk projek itu menyebabkan dia teruja dan mula berusaha menyediakan lori yang dikehendaki dengan melayari laman web sebelum menemui dua lelaki yang mendakwa mampu menyediakan pengangkutan terbabit.
“Yakin mendapat projek itu, suami saya meminta bantuan abangnya di Kuala Lumpur untuk menguruskan pinjaman dengan syarikat kewangan terbabit dan berjanji membayar RM15,000 sebulan serta ‘duit kopi’ RM6,000 setiap bulan sehingga projek diselesaikan dalam masa dua bulan,” katanya.

Katanya, selepas sebulan berlalu, lori dijanjikan dua lelaki yang dikenali menerusi iklan laman web itu gagal diperoleh, meskipun sudah membayar mereka RM3,000.

“Pada akhir bulan pertama itu, suami saya memulangkan kembali wang pokok RM15,000 serta faedah sebanyak RM6,000, tetapi selepas ini suami sudah kehabisan wang untuk membayar mereka sedangkan baki hutang mula membiak dengan faedah yang dipersetujui dengan syarikat itu.

“Suami saya gagal mendapat projek menambak tanah terbabit dan sejak itu kehidupan kami sekeluarga mula dilanda kebimbangan apabila pengutip wang mula datang ke rumah abang ipar selaku penjamin serta rumah keluarga kami di Kulaijaya.

“Nak makan pun saya tidak ada duit, mujur seorang rakan meminjamkan wang untuk suami yang membolehkan beliau mengusahakan gerai roti canai di Kuala Lumpur dan berhasil membayar RM500 sebulan sepanjang Januari hingga April tahun ini. Namun, masih tidak cukup, kereta juga sudah ditarik bank dan rumah sewa di Kuala Lumpur juga sudah tiga bulan tidak dibayar.

“Namun, mereka (pengutip hutang) tetap datang meminta kami menjelaskan baki bayaran dan sehingga kini faedahnya tidak pernah berkurangan. Saya dan suami kini tersepit apabila diburu pengutip hutang syarikat,” katanya.

Katanya, beliau mengambil keputusan menjual organ itu kerana mahu membina hidup baru walaupun hasrat itu tidak diberitahu suaminya

=====================================================================================
Saya berasa simpati kepada situasi yang dialami oleh wanita ini, dia mengalami masalah kewangan iaitu perlu menanggung hutang yang dipinjam oleh suaminya, serta perlu menjaga anakya yang hanya berusia 19bulan barulah dia membuat keputusan untuk menjual organnya ,tatapi bukankah organ kita tidak dapat ternilai ? Apakah pendapat anda?

Tan Pei Ying

Posts : 4
Join date : 2011-06-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Jual organ bayar hutang suami

Post  Lixin Lim [U6B] on Mon Jul 04, 2011 4:51 pm

Dalam dunia ini,banyak isu-isu yang akan berlaku yang tidak dapat kami bayangkan.Saya juga amat bersimpati terhadap mangsa ini yang menhadapi masalah kewangan.Suaminya yang telah ditipu untuk menjalankan projek secara sia-sia malah sering diganggu oleh pengutip hutang.Ya,walaupun organ kita tidak dapat ternilai,tetapi saya percaya bahawa mangsa ini tiada iktihar yang lain untuk menyelamatkan keluarga dia lagi.Oleh sebab itu dia terpaksalah menjualkan organ-organ tersebut.Mangsa amat menginginkan kehidupan baru yang tiada beban atas kewangan yang serupa kami inginkan selama-lama ini.Ini adalah suatu pengajaran kepada dia(suami) mestilah bersikap rational sebelum bertindak dan kami juga perlulah mengingatkan diri sendiri supaya tidak mengulangi kesilapan orang lain pada masa hadapan.

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum