PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan didesak henti pembalakan di kawasan tadahan air

2 posters

Go down

Kelantan didesak henti pembalakan di kawasan tadahan air Empty Kelantan didesak henti pembalakan di kawasan tadahan air

Post  Maxwell (L6B/2011) Thu May 26, 2011 10:06 am

2011/05/26

PASIR PUTEH: Kerajaan PAS Kelantan didesak menghentikan kegiatan pembalakan di Bukit Ulu Sat dan Bukit Tapong di sini yang juga kawasan tadahan air, bagi mengelak kesan buruk terhadap lebih 300 penduduk yang tinggal di pinggir tanah tinggi berkenaan.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman, berkata kawasan seluas 200 hektar yang baru diluluskan kepada beberapa syarikat pembalakan, menganggu bekalan air kepada penduduk terutama peserta FELCRA.

Bulan lalu, sebahagian penduduk di kawasan berkenaan termasuk di kampung sekitarnya mendakwa bekalan air ke perkampungan mereka seringkali terganggu dan bercampur lumpur terutama apabila berlaku hujan lebat akibat hakisan aktiviti pembalakan itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada pendapat saya, pembalakan tidak terkawal seperti ini seharusnya dihentikan dengan segera. Sudah tentu kita tidak mahu satu lagi kes tanah runtuh yang meragut nyawa bukan? Kawasan tadahan air tersebut yang telah diceroboh adalah sangat penting kepada penduduk di situ. Disebabkan aktiviti pembalakan, sumber air mereka sering kali bercampur dengan lumpur. Selain itu, ekosistem flora dan fauna yang tinggal di kawasan tadahan air juga akan terjejas. Bukankah kita sebagai manusia seharusnya memelihara dan memulihara alam sekitar?

Maxwell (L6B/2011)

Posts : 8
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Kelantan didesak henti pembalakan di kawasan tadahan air Empty Tentulah.

Post  Lixin Lim [U6B] Thu May 26, 2011 10:28 am

Subjek moral yang kami belajar-"nilai memelihara dan memulihara alam sekitar" bukan disia-siakan oleh kami.Pada kebelakangan ini,kami juga mengalami perubahan cuaca yang ulang-alik,saya beryakin antara faktornya juga adalah kerana alam sekitar kita yang telah kian diceroboh dan dirosakkan.Tiada alam sekitar,maka tiadalah tempat tinggal untuk kami manusia berteduh dan teruskan aktiviti harian kita.Kita patutlah sedar sekarang bahawa alam sekitar memang penting untuk kita!

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum