PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tanah runtuh Hulu Langat: Dua terpaksa dipotong kaki

Go down

Tanah runtuh Hulu Langat: Dua terpaksa dipotong kaki Empty Tanah runtuh Hulu Langat: Dua terpaksa dipotong kaki

Post  manying L6B Mon May 23, 2011 10:15 am

AMPANG: Dua daripada sembilan yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat terpaksa dipotong kaki untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Kaki kiri Zulhairi Aminuddin, 13, dipotong di lokasi kejadian, malam kelmarin, oleh pasukan perubatan akibat hancur selepas tersepit dalam runtuhan itu.
Mohd Erwan Zakaria, 33, kakitangan madrasah itu pula terpaksa dipotong kaki kanannya menerusi pembedahan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, lewat malam kelmarin, akibat kecederaan parah pada kakinya.
Kedua-dua mereka masih dirawat di ICU hospital itu bersama seorang lagi mangsa yang identitinya tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang melawat semua mangsa terbabit, pagi semalam, mengesahkan dua mangsa terpaksa dipotong kaki, manakala seorang lagi cedera parah di kepala.

“Ketika ini, sembilan pesakit dirawat di Hospital Ampang iaitu di wad khas bencana dan tiga daripadanya berada di ICU. Bagaimanapun, semua mereka dilaporkan stabil.

“Selain Hospital Ampang, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Kajang,” katanya.
Turut melawat mangsa yang cedera dalam tragedi itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah; pengacara, Aznil Nawawi serta lima peserta Akademi Fantasia.

——————————————————————————————————————————
Tragdi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat telah menjadi topik hangat kebelakangan ini.Tragedi in telah mengakibatkan kematian seramai 16 orang dan 9orang mengalami kecederaan.Tragedi ini bukan sahaja telah memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap tanah runtuh yang disebabkan oleh penebangan pokok yang berleluasa dan pembangunan yang tidak berkualiti, ia turut telah memaparkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepekaan dan kemampuan untuk menangani situasi kecemasan dan kemalangan.

Rakyat Malaysia amat bertuah kerana tanah air kita ini bebas daripada ancaman alam sekitar seperti gentar bumi,gunung api dan bencana lain.Tetapi, cuaca di sedunia hari ini telah berubah. Kita manusia tidak dapat meramalkan perubahan cuaca .Bencana alam turut mungkin melanda kepada kita.Sebagai contohnys ,Tsunami yang berlaku pada tahun 2005 telah merampaskan beratus nyawa yang berharga kerana kita yang lama menduduki di tanah air yang selamat ini tidak mempunyai kepekaan terhadap kemalangan.Dalam tragedi tanah runtuh ini, mangsanya kebanyakan adalan kanak-kanak.Menurut temu bual akhbar, mangsa yang diselamatkan berkata mereka terdengar bunyi tanah mengelincir dari gunung sebelum tragedi berlaku.Mereka tidak melarikan diri tapi bergerak ke tepi gunung untuk memantau apa yang berlaku.Pembaziran saat-saat yang genting ini telah mengakibatkan kematian yang teruk hari ini.

Oleh sebab itu, kita semua harus sentiasa mempunyai kepekaan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita.Haruslah kita tahu langkah-langkah untuk menghadapi situasi kecemasan untuk menjamin keselamatan diri kita.

manying L6B

Posts : 7
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum