PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Profesional sedia pulang jika insentif menari

Go down

Profesional sedia pulang jika insentif menari Empty Profesional sedia pulang jika insentif menari

Post  manying L6B Tue May 24, 2011 1:13 pm

INSENTIF lebih menarik, termasuk pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh tertentu dan membenarkan kerakyatan dua negara adalah antara yang perlu ditawarkan kerajaan jika mahu inisiatif membawa pulang profesional Malaysia di luar negara menjadi lebih berkesan.

Itu antara pandangan beberapa rakyat Malaysia di sekitar California yang menyifatkan isu berkenaan harus diberi tumpuan andai kerajaan benar-benar serius menjayakan hasrat itu.
“Jika lihat insentif yang ditawarkan sekarang seperti pengurangan cukai pendapatan hanya beberapa peratus, tidak dikenakan cukai untuk bawa pulang dua kenderaan dan lain-lain, ia masih tidak cukup,” kata Jian Ling, pemuda berasal dari Kuala Lumpur yang sudah 10 tahun bekerja di San Jose.
Beliau turut menyarankan kerajaan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara memegang dua kerakyatan, negara asal dan negara angkat yang akan membuatkan tawaran pulang ke tanah air menjadi lebih menarik.

Bagi Murad Wahab, menambah lebih banyak tarikan pada insentif berbanding tawaran sekarang akan menunjukkan kerajaan benar-benar serius mahu membawa pulang profesional Malaysia di luar negara.

“Selain itu, kami juga bimbang budaya kerja di Malaysia. Di sini, saya bebas memberi pendapat dan kritikan kepada pegawai atasan. Saya tidak tahu jika budaya kerja sama di negara kita,” kata pegawai bank itu yang sudah 15 tahun menetap di sini.

Sementara itu, SK Yong menyarankan kerajaan melihat pendekatan digunakan Korea Selatan yang memberikan pengecualian cukai kepada profesional asing yang bekerja di negara berkenaan berlandaskan syarat tertentu.
Mereka mengemukakan cadangan berkenaan pada sesi dialog sempena majlis makan malam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Talent Corportion Malaysia (TalentCorp) dihadiri lebih 120 rakyat Malaysia di Hotel Santa Clara Marriot, kelmarin.

Penjelasan mengenai inisiatif itu disampaikan Pengarah Kanan Pelaburan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Phang Ah Tong; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq.

==============================

manying L6B

Posts : 7
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum