Syarat memiliki kad kredit

View previous topic View next topic Go down

Syarat memiliki kad kredit

Post  Lixin Lim [U6B] on Sun May 22, 2011 7:43 am

Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan dan penggunaan kad kredit berkuatkuasa pada 18 Mac 2011 ini.

Inilah syarat-syaratnya :-

*Setiap pemegang kad perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM36,000 setahun @ RM3000 sebulan.

*Pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun @ RM 3000 sebulan atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada 2 pengeluar kad sahaja.

*Bagi mereka yang memiliki kad kredit lebih daripada 2 pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.

*Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan.

*Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi 2 kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.

Apa yang akan dipertingkatkan selepas syarat ini diperkenalkan?

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum