PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Aero bridge KLIA patah

Go down

Aero bridge KLIA patah Empty Aero bridge KLIA patah

Post  SiawYing Yeow Mon May 23, 2011 11:21 am

Operasi penerbangan tak terjejas

PUTRAJAYA: Salah satu daripada 76 aero bridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, yang sedang dalam proses penyelenggaraan, runtuh, petang semalam.

Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Azmi Murad, berkata kejadian itu menyebabkan dua daripada tiga sambungan aero bridge di Pintu A2 terjatuh dan mengalami kerosakan teruk. Bagaimanapun, katanya, dalam kejadian pada jam 5.55 petang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan pada pesawat kerana aero bridge terbabit sudah ditutup, sejak jam 3 petang, untuk kerja penyelenggaraan biasa. “Bagaimanapun, kejadian ini tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan pada pesawat, MAHB dan syarikat penyelenggaraan terbabit akan menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya jangan panik kerana kerosakan aero bridge di Pintu A2 itu tidak akan menjejaskan operasi dan jadual penerbangan di KLIA.

=========================================================
Pada pendapat saya, pihak yang berkenaan harus memperhatikan sistem-sistem yang ada di syarikat supaya janganlah bagi kejadian yang sama berlaku.Pekerja-pekerja syarikat tersebut juga perlu memberi perhatian untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan mesin atau alatan.Nasib baiklah kejadian ini tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan pada pesawat.

SiawYing Yeow

Posts : 5
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum