PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis tingkat kawalan kekang kes serangan asid

Go down

Polis tingkat kawalan kekang kes serangan asid Empty Polis tingkat kawalan kekang kes serangan asid

Post  SiawYing Yeow Sat May 21, 2011 7:15 am

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil beberapa pendekatan proaktif, termasuk menambah bilangan pegawai di lokasi yang dikenal pasti bagi mengekang kegiatan simbah cecair yang kini sebanyak 23 kes sudah direkodkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata selain itu, pihaknya juga menyebarkan maklumat kepada masyarakat supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan melalui operasi yang dijalankan. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini pihaknya sudah mempunyai maklumat tertentu berhubung kes berkenaan, tetapi tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat berikutan dikhuatiri mengganggu siasatan polis.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Kuala Lumpur dan Selangor sudah berbincang bersama bagi mengesan individu yang mendalangi puluhan kes simbah cecair itu, namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

“Hasil perbincangan berkenaan juga, polis mengambil beberapa pendekatan terbuka, termasuk menyebarkan kes berkenaan kepada masyarakat supaya berhati-hati dan menambah bilangan anggota di kawasan yang dikenal pasti, selain melalui operasi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Ismail berkata, sejak langkah itu dimulakan minggu lalu, terbukti ia berkesan apabila tiada lagi kes dilaporkan membabitkan mangsa yang disimbah cecair oleh lelaki bermotosikal.

“Bagaimanapun, sehingga minggu lalu, sebanyak 23 kes di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor direkodkan menggunakan modus operandi sama. Polis tidak berdiam diri dan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan dalang kejadian itu berjaya ditumpaskan dan masyarakat berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, pihaknya sedang berusaha menyelamatkan ahli perniagaan yang dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata di wilayah Sulu, Filipina, 8 Mei lalu.

Terdahulu, Ismail menyaksikan majlis serah tugas membabitkan Datuk Salleh Mat Rasid yang dilantik sebagai Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Datuk Zulkifli sebagai Pengarah Logistik.

========================================================
Pada pendapat saya, bukan sahaja polis kerajaan harus mengambil tindakan untuk kes serangan asid ini, manakala kita yang sebagai rakyat Malaysia juga harus bekerjasama dengan polis dan pihak yang berkenaan.Jikalau kite terjumpa kes serangan asid berlaku, jangan berasa cemas dan mangambil sebarang tindakan dengan rasional. Kita perlu hantar mangsa ke hospital dengan secepat mungkin untuk mengurangkan tahap kecederaan. Sebagai rakyat Malaysia, apakah tindakan yang boleh kita ambilkan?

SiawYing Yeow

Posts : 5
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum