KEBAIKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

View previous topic View next topic Go down

KEBAIKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

Post  yen teng L6B on Thu May 19, 2011 10:04 am

Kad kredit lebih mudah digunakan berbanding dengan wang tunai. Jika kita hendak berbelanja dalam jumlah wang yang banyak, kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak. Mengira wang tunai yang banyak juga menjadi masalah. Penggunaan kad kredit mengelakkan semua kesulitan ini. Kita hanya perlu menurunkan tandatangan pada skrip kecil yang mencatatkan jumlah perbelanjaan kita. Selain itu, jika melancong ke luar negara, kita terpaksa menukar wang tunai kita kepada mata wang aging. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kad kredit, kita boleh membuat bayaran dalam apa jua mata wang di seluruh dunia. Kita juga boleh mendapatkan mata wang asing melalui mesin juruwang (ATM) di seluruh dunia.

Kad kredit juga lebih selamat digunakan berbanding dengan wang tunai. Kemungkinan wang tunai tercicir atau dicuri amat besar, lebih-lebih lagi kalau kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak ketika berbelanja di luar negara. Wang tunai yang tercicir atau dicuri tidak mungkin dapat diperoleh semula. Sebaliknya, kehilangan atau keciciran kad kredit mudah diatasi. Pemegang kad kredit hanya perlu menghubungi syarikat kad kredit untuk melaporkan kehilangan kad kreditnya. Syarikat kad kredit akan membatalkan kad kredit tersebut dengan serta-merta, menjadikan kad kredit itu tidak laku digunakan lagi. Ini akan melindungi pemegang kad kredit itu daripada menanggung kerugian atau meminimumkan kerugian yang ditanggungnya. Selain yang dikemukakan atas,apakah kebaikan kad kredit terhadap kehidupan kita kini?

yen teng L6B

Posts: 2
Join date: 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

Re: KEBAIKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

Post  Lim Wai Mun U6b on Sat May 21, 2011 5:59 pm

Sebenarnya mengguna kad kredit ada kebaikan dan keburukannya.Jika pengguna boleh membayar hutangan dalam tempoh masa tertentu caj kewangan juga rendah.Tetapi mungkin ada orang yang suka menunjuk diri berasa mempunyai kad kredit yang banyak mewakili kedudukan mereka meningkat . Sebab ini menyebabkan mereka menjadi ' hamba kad kredit ' .

Lim Wai Mun U6b

Posts: 9
Join date: 2011-05-21
Age: 21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum