perangkap belanja kad kredit

View previous topic View next topic Go down

perangkap belanja kad kredit

Post  Jia Mei L6B on Thu May 19, 2011 9:33 am

Bagaimana agaknya seseorang itu boleh “terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadhiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sajalah!

Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar.

Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.

Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?

Jia Mei L6B

Posts : 10
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

Re: perangkap belanja kad kredit

Post  ChenLinU6B on Thu May 19, 2011 10:02 am

Pada pendapat saya,,setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

Re: perangkap belanja kad kredit

Post  yen teng L6B on Thu May 19, 2011 11:20 am

Pada pendapat saya, pengguna kad kredit harus cuba mendisplinkan diri. Cuba mengehadkan jumlah penggunaan kad kredit supaya tidak akan menanggung beban yang berat pada akhir bulan. Janganlah memohon kad kredit yang banyak, satu hingga dua adalah mencukupi. Selain itu, pengguna hendaklah membayar setiap perbelanjaan yang dibuat menggunakan kad kredit dalam tempoh yang diberikan. Ini adalah untuk mengelakkan pengguna dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Kad kredit merupakan alat pembayaran yang memudahkan pembayaran kita jika digunakan dengan berhemah.

yen teng L6B

Posts : 2
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

Re: perangkap belanja kad kredit

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum