Jerebu ( Final Test)

View previous topic View next topic Go down

Jerebu ( Final Test)

Post  Ay Chian ( U6B/2011 ) on Thu Mar 10, 2011 4:58 pm

Jerebu disebabkan oleh pelbagai punca yang meliputi pembakaran hutan, pengeluaran asap oleh kilang, pengeluaran gas ekzos oleh kenderaan, dan pembakaran sampah secara terbuka. Jerebu mendatangkan kesan yang buruk kepada rakyat dan ekonomi sesebuah negara.
Bincangkan kesan-kesan jerebu dan langkah-langkah untuk menangani masalah ini.


* Pelajar yang berkenaan sila mencatatkan website address yang telah anda layari semasa mencari maklumat-maklumat yang berkaitan tentang tajuk esei ini. Terima kasih.

Ay Chian ( U6B/2011 )

Posts: 4
Join date: 2011-02-09

View user profile

Back to top Go down

Kesan dan langkah mengatasi masalah jerebu

Post  ccy on Sun Mar 13, 2011 5:15 pm

Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.

Selain kemerosotan kualiti udara Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.

Di samping itu, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan.

Kesimpulannya, masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah
tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.

http://anelyza.blogspot.com/2009/09/dalam-mendepani-realiti-baru-dunia-yang.html



ccy

Posts: 4
Join date: 2011-02-19

View user profile

Back to top Go down

Kesan dan langkah mengatasi masalah jerebu

Post  Khan Suen (U6F/'11) on Mon Mar 14, 2011 3:20 pm

Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi.. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah berusaha mencari langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua akan mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.

Selain itu, antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan terjejas. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi negara. Contohnya, industri pelancongan ini akan teruk terjejas kerana para pelancong bimbang dengan keselamatan mereka. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.

Langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengastasi masalah ini adalah melalui program pendidikan alam sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu,melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar.

Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakan kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.


Konklusinya, memandangkan jerebu telah membawa banyak kesan buruk kepada kita. Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.


http://www.scribd.com/doc/16983605/Jerebu-Dan-Kesannya

Khan Suen (U6F/'11)

Posts: 7
Join date: 2010-06-22
Age: 20

View user profile

Back to top Go down

Kesan dan langkah mengatasi masalah jerebu

Post  Ziyin Chan on Mon Mar 14, 2011 8:28 pm

Fenomena jerebu yang serious sering melanda negara kita. Pelbagai kesan jangka pendek dan jangka panjang gejala tersebut. Oleh itu, langkah-langkah harus dirangcang untuk menanganinya.

Jerebu akan menjejaskan kesihatan rakyat. Jerebu disebabkan oleh banyak partikel mikroskopik yang terapung-apung di udara. Melalui pernafasan, partikel itu memasuki badan kita. Mangsa akan diserang penyakit lelah, asma, sakit tekak, selesema,pedih mata, bronchitis, dan sebagainya. Dalam keadaan yang lebih teruk, partikel itu akan merosakkan sistem tisu paru-paru, menghalang fungsi hemoglobin, dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan. Bahan-bahan pencemar dalam jerebu seperti plumpum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi. Zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar. Bahan hidrokarbon mencetuskan kanser dan kerosakan otak.

Kejadian jerebu juga menjejaskan jarak penglihatan. Dalam keadaan jerebu yang yang buruk, jarak penglihatan hanya lima meter. Hal ini menimbulkan bahaya kepada pemandu kenderaan, juruterbang, dan jurumudi kapal kerana kemalangan mudah berlaku dalam keadaan uang berjerebu. Sebagai contohnya, semasa Indonesia dilanda jerebu yang buruk, sebuah kapal terbang terhempas di Medan dan mengorbankan 120 nyawa. Kemalangan antara kapal juga berlaku di Selat Melaka. Kemalangan ini mengakibatkan tumpahan minyak yang mencemarkan laut.

Kemajuan P&P dapat menangani masalah jerebu. Enjin kenderaan dilengkapi dengan penukar katalitik. Alat ini dapat mengurangkan asap pencemar yang dihasilkan oleh enjin. Petroleum hijau daripada minyak kelapa sawit mengurangkan pelepasan bahan pencemar seperti plumpum. Pembenihan awam akan menjanakan hujan yang dapat menghapuskan jerebu di udara.

Kerjasama antarabangsa juga perlu untuk memadamkan kebakaran hutan. Kerajaan Indonesia harus menangani masalah kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera setiap tahunb. Sesama Negara ASEAN, suatu tabung kewangan untuk membeli alatan pemadam api yang canggih boleh ditubuhkan. Alatan itu boleh dikongsi bersama untuk memadamkan api hutan. Penghantaran tentera, ahli bomba, dan pakar oleh Malaysia ke Indonesia untuk memadamkan kebakaran hutan merupakan kerjasama yang baik. Negara maju perlu membantu dengan menghulurkan bantuan kepakaran dan teknologi dalam memadamkan api. Sikap negara-negara Barat yang berpeluk tubuh sambil menyaksikan kebakaran hutan di Indonesia selama berbulan-bualn lamanya perlu dikikis.

Masalah jerebu hanya dapat diatasi melalui kerjasama daripada kerajaan dan anggota masyarakat negara-negara yang dilanda jerebu. Sesungguhnya kita ingin menghirup udara yang bersih lagi segar dan mengharapkan langit sentiasa cerah.


http://www.scribd.com/doc/16983605/Jerebu-Dan-Kesannya

Ziyin Chan

Posts: 4
Join date: 2011-02-09

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum