Penyakit berjangkit (Latihan 2)

View previous topic View next topic Go down

Penyakit berjangkit (Latihan 2)

Post  Ay Chian ( U6B/2011 ) on Fri Feb 25, 2011 12:46 am

Tajuk esei : Penyakit berjangkit antara pembunuh utama rakyat Malaysia. Sesetengah penyakit berjangkit dapat dikawal melalui kemajuan perubatan seperti suntikan imunisasi. Namun begitu, pencegahan yang paling penting adalah melalui amalan hidup yang sihat. Huraikan cara-cara untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit.

* Pelajar yang berkenaan sila mencatatkan website address yang telah anda layari semasa mencari maklumat-maklumat yang berkaitan tentang tajuk esei ini. Terima kasih.


Last edited by Ay Chian ( U6B/2011 ) on Thu Mar 10, 2011 5:00 pm; edited 2 times in total

Ay Chian ( U6B/2011 )

Posts: 4
Join date: 2011-02-09

View user profile

Back to top Go down

Cara-cara untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit

Post  Khan Suen (U6F/'11) on Sat Feb 26, 2011 2:57 pm

Industri pelancongan negara sering terjejas akibat penyakit berjangkit yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini. Sehubungan dengan ini, wabak penyakit itu telah memberikan kesan yang serius terhadap industri pelancongan dan kesihatan rakyat negara ini. Berdasarkan langkah mencegah lebih baik daripada mengubati, pihak kerajaan perlulah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk menangani penyakit tersebut agar rakyat tidak perlu bimbang akan wabak yang menular di seluruh dunia itu.

Negara kita dan negara-negara yang terlibat sepatutnya mengambil langkah seperti mengasingkan pesakit yang menghidap wabak tersebut. Dengan ini, pesakit perlu dikuarantin dan diasingkan daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak merebak kepada orang lain. Sekirannya tindakan ini diambil, pastinya penyakit ini dapat dikawal dan tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain. Seterusnya, keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan industri pelancongan juga tidak terjejas.

Pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing. Sebagai contohnya, alat pengesan haba 'thermoscan' perlu diletakkan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa seperti di KLIA. Alat pengimbas tersebut berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, maka mereka perlu dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga dikuarantin.

Selain itu, pihak berkuasa perlu menyediakan ubat-ubatan dan vaksin yang boleh melawan virus dan mencegah virus tersebut daripada menyerang manusia. Seseorang yang perlu ke luar negara atas urusan yang penting perlu diberikan suntikan vaksin yang dapat mencegah seseorang itu daripada dijangkiti penyakit tersebut. Hal ini demikian kerana vaksin yang berkesan akan berupaya untuk melawan virus penyakit itu daripada menyerangnya. Bagi orang yang sudah dijangkiti oleh penyakit ini pula, perlulah diberikan rawatan yang rapi dan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan untuk mengubati pesakit tersebut.

Kesimpulannya, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah peka terhadap keadaan di sekeliling mereka. Langkah awal adalah sangat penting untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh wabak yang berbahaya ini. Oleh itu, aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang utama dalam kehidupan seharian.

(330 patah perkataan)

Rujukan: http://cikgusidik.blogspot.com/2009/11/karangan-spm-usaha-mengatasi-penyakit.html

Khan Suen (U6F/'11)

Posts: 7
Join date: 2010-06-22
Age: 20

View user profile

Back to top Go down

penyakit berjangkit

Post  Ziyin Chan on Sun Feb 27, 2011 2:17 am

Penularan penyakit berjangkit dari satu negara ke negara yang lain secara cepat telah mendatangkan kesan negatif kepada seluruh sejagat. Negara kita, Malaysia turut tempias yang mana kesihatan seluruh rakyat telah diancam akibat daripada perebakan wabak penyakit berjangkit yang tidak dikawal. Jadi, untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit, pelbagai langkah harus diambil oleh pihak kerajaan mahupun seluruh masyarakat.

Pertama, pesakit-pesakit yang didapati menghidap wabak penyakit berjangkit harus diasingkan daripada orang awam supaya dapat dielakkan daripada merebak kepada orang lain. Tindakan ini dapat mengurangkan bilangan penghidap penyakit berjangkit dan pada masa yang sama, kesihatan rakyat juga dapat terjamin. Oleh itu, pihak kerajaan harus memastikan pemeriksaan kesihatan badan yang dijalankan oleh badan kesihatan dan hospital adalah berteliti dan ketat. Sekiranya, terdapat sesiapa yang didapati mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tersebut, rawatan yang selanjutnya harus diberikan.

Kedua, rakyat turut harus mengelakkan diri daripada melancong atau berkunjung ke negara lain terutamanya ke negara-negara yang dilanda wabak penyakit berjangkit. Rancangan untuk berlancong ke negara lain harus dibatalkan buat sementara waktu supaya dapat mengelakkan diri daripada dijangkit penyakit tersebut. Bagi mereka yang balik selepas melancong, haruslah membuat pemeriksaan kesihatan badan untuk memastikan diri tidak dijangkiti penyakit dan wabak tersebut tidak menjangkiti orang lain.

Ketiga, pengetahuan dan informasi tentang langkah penjagaan kebersihan dan kesihatan juga harus disebarkan oleh pihak kerajaan melalui setiap sekolah tidak kira sekolah rendah atau menengah. Ceramah yang berkenaan juga diberikan oleh ketua pegawai kesihatan kepada pelajar. Pelajar juga perlu mengetahui tentang cara pencucian tangan yang betul supaya kebersihan tangan sentiasa dijaga. Kebersihan persekitaran sekolah juga perlu diberi perhatian. Longkak-longkang harus dibersihkan setiap hari supaya tidak tersumbat. Ini boleh mengelakkan nyamuk dan lalat daripada membiak.

Sebagai kesimpulannya, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah peka terhadap keadaan di sekeliling mereka. Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang utama dalam kehidupan seharian. Janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah kerana sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah pasti penyakit itu akan mudah menyerang mangsanya. Jadi, langkah awal penting untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh wabak yang berbahaya ini.

( 327 patah perkataan )
http://khirkassim.blogspot.com/2010/09/fokus-karangan-spm-2010-penyakit.html

Ziyin Chan

Posts: 4
Join date: 2011-02-09

View user profile

Back to top Go down

cara mengatasi penyakit berjangkit

Post  ccy on Tue Mar 01, 2011 5:30 pm

Kini, taraf kesihatan penduduk Malaysia masih belum memuaskan kerana masih terdapat masalah penyakit berjangkit yang sukar diatasi. Penyakit berjangkit mencengkam kehidupan manusia. Antaranya ialah taun, cirit-birit, denggi dan malaria. Beberapa langkah yang berkesan perlu diambil untuk mengawal wabak penyakit yang kian menjadi-jadi di negara kita.

Salah satu langkah yang wajib dijalankan ialah mengasingkan pesakit yang telah dikenal pasti atau disyaki menghidap penyakit berjangkit daripada orang ramai. Wad-wad khas perlu disediakan dan pelawat adalah dihalang daripada mengunjungi mereka. Ini kerana seseorang yang menghidapi penyakit berjangkit, bakteria yang terdapat dalam dirinya boleh tersebar kepada orang sekelilingnya. Justeru, mereka akan dijangkiti dan menyebarkan penyakit kepada khalayak ramai.

Rakyat harus kerap menjalankan gotong-royong dan menyertai program penjagaan persekitaran bagi menjamin kebersihan alam sekitar. Sampah sarap yang boleh menakung air seperti tin kosong, tempurung, tayar buruk dan sebagainya harus ditanam untuk menghalang pembiakan nyamuk. Tanpa tempat pembiakan, populasi nyamuk akan berkurang. Selain itu, racun makhluk perosak boleh digunakan untuk memusnahkan parasit malaria yang dibiakkan oleh nyamuk di dalam air.

Pencegahan yang paling penting adalah mewujud kesedaran berkaitan makanan dan minuman yang bersih. Makanan yang disediakan haruslah dibersihkan sebaik-baiknya dan dimasak sebelum dimakan. Orang ramai juga harus mengelak daripada makan di gerai-gerai yang kotor, kususnya di tepi jalan. Air yang telah dididihkan adalah bersih daripada bakteria jenis patogen yang membawa penyakit taun. Pihak berkuasa harus memastikan gerai makanan mematuhi konsep kebersihan.

Pihak Kementerian Kesihatan hendaklah merancang strategi dan mengadakan kempen-kempen secara berterusan untuk menyemai kesedaran di kalangan rakyat. Di samping itu, pendidikan kesihatan perlu diberi kepada orang ramai supaya mereka sedar tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan.

Kemajuan kesihatan ialah faktor penting untuk melahirkan masyarakat yang cergas dan dinamik. Oleh itu, masalah penyakit berjangkit harus ditangani dengan kerjasama daripada semua pihak berkenaan.

(286 patah perkataan)

ccy

Posts: 4
Join date: 2011-02-19

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum