berit5a terkini.................

View previous topic View next topic Go down

berit5a terkini.................

Post  weishanlee on Mon Feb 07, 2011 12:01 pm

berita harian

Mesir beransur pulih




KAHERAH: Walaupun Yaumal Raahil (hari pemergian) berakhir Jumaat lalu dan Hosni Mubarak masih berada di atas takhta, penunjuk perasaan di dataran Tahrir di sini tidak hampa, malah lebih yakin perjuangan mereka akan berjaya.
Minggu yang baru berlepas menyaksikan mereka berjaya menepis serangan balas penyokong presiden Mubarak, selain melihat keseluruhan anggota majlis tertinggi parti pemerintah dipimpin Mubarak, meletak jawatan termasuk anaknya Gamal yang sebelum ini bercita-cita menggantikan bapanya.
Washington yang menjadi sekutu rapat Mubarak kini pula dilihat lebih cenderung mahu naib presiden Omar Suleiman mengetuai proses peralihan kerajaan di negara itu.

Kumpulan pembangkang terbesar Mesir pula, Ikhwanul Muslimin selepas diharamkan sekian lama semalam terbabit dalam dialog politik dengan Omar, bersama-sama kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan yang lain bagi mengakhiri bantahan yang sudah berlarutan dua minggu itu.

Mubarak yang memerintah Mesir sejak hampir 30 tahun lalu selama ini tidak pernah bertolak ansur dengan Ikhwan, malah secara keras menentang kumpulan yang mempunyai banyak pengaruh itu.

Berikutan itu keputusan mempelawa Ikhwan terbabit sama dalam rundingan dilihat rejim Mubarak semakin terdesak.
Sementara itu, suasana di ibu negara dengan 18 juta penduduk ini yang ditutup sejak tunjuk perasaan bermula 25 Januari lalu, semakin pulih.

Semalam, menyaksikan bank membuka pintunya untuk tiga jam, pertama kali dalam seminggu.

Beberapa restoran termasuk francais asing seperti Kentucky Fried Chicken turut membuka semula perniagaan masing-masing.

Keadaan lalu-lintas juga kembali seperti biasa dan kedai termasuk di jalan yang menuju ke Dataran Tahrir juga dibuka semula.

Kumpulan penunjuk perasaan yang masih berhimpun di dataran yang sudah menjadi medan utama bantahan menghadiahkan bunga kepada pekedai sebagai ‘pampasan’ terhadap kerugian yang dialami mereka.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan masih berada di dataran itu bagi meneruskan bantahan mereka.

“Kami bertekad untuk mengadakan bantahan ini sehingga tuntutan nombor satu kami dicapai,” kata Khaled Abdul-Hameed, seorang wakil penunjuk perasaan itu. – AP/Agensi



weishanlee

Posts : 26
Join date : 2011-02-07

View user profile

Back to top Go down

ADUN dapat injunksi halang SPR bincang status kerusi

Post  weishanlee on Tue Feb 08, 2011 1:10 pm

2011/02/08
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah semalam berjaya mendapat injunksi sementara menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada membincangkan status kerusi itu berikutan perisytiharan kekosongannya oleh Speaker DUN Selangor pada 19 Januari lalu.

Berikutan keputusan itu, SPR tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil DUN Pelabuhan Klang sehingga 17 Februari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan injunksi sementara dipohon Badrul Hisham pada 28 Januari lalu, selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk Badrul Hisham.
Pada tarikh 17 Februari, mahkamah akan mendengar saman pemula terhadap Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan SPR yang difailkan Badrul Hisham pada 24 Januari lalu.

Badrul Hisham memfailkan permohonan injunksi itu berikutan keputusan Chang Khim mengisytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong dengan alasan beliau gagal hadir sidang DUN selama enam bulan.

Beliau juga memohon satu perintah sementara untuk menghalang SPR mengambil sebarang langkah atau tindakan untuk mengosongkan kerusi DUN itu.

Dalam saman pemulanya, Badrul Hisham yang menamakan Chang Kim dan SPR sebagai defendan pertama dan kedua, memohon perisytiharan beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan DUN Selangor.
Beliau juga memohon perisytiharan bahawa tiada kekosongan untuk kerusi DUN Pelabuhan Klang dan keputusan defendan pertama mengisytiharkannya kosong bertentangan Artikel LXIX Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan batal serta tidak sah.


berita harian....

akan tetapi.ia bertentangan dengan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IV - PERSEKUTUAN
Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan



Perkara 52. Ketidakhadiran ahli.

(1) Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap sidang Majlis Parlimen selama tempoh enam bulan tanpa kebenaran Majlis Parlimen itu, maka Majlis Parlimen itu boleh mengisytiharkan bahawa kerusinya kosong.

(2) Seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen yang telah diberi kebenaran bercuti daripada menghadiri sidang Majlis Parlimen yang dia menjadi ahlinya tidaklah boleh, selama tempoh kebenaran bercuti itu, dengan apa-apa cara menyertai hal ehwal dan urusan Majlis Parlimen itu.

di cari dan dipetik oleh...ahli kumpulan demo.^^


Last edited by weishanlee on Tue Feb 08, 2011 1:25 pm; edited 1 time in total

weishanlee

Posts : 26
Join date : 2011-02-07

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  Yao Benjamin (L6F/2010) on Tue Feb 08, 2011 1:17 pm

Wei Shan, saya telah postkan sedikit maklumat tentang perkembangan topik kerusi DUN Pelabuhan Klang di bawah tajuk isu-isu politik. Anda boleh menjalankan perbincangan yang lebih lanjut tentang topik tersebut di situ. Terima kasih.

Yao Benjamin (L6F/2010)

Posts : 35
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  C KAI T (L6F/10) on Fri Feb 11, 2011 12:54 pm

Tentera ambil alih pemerintahan Mesir
KAHERAH: Tentera Mesir mengumumkan langkah mengambil alih pemerintahan negara serta merta disusuli laporan di Washington memetik Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa ada kemungkinan besar Presiden Hosni Mubarak akan meletak jawatan hari ini.

Pengumuman itu dibuat secara langsung di televisyen turut menyatakan tentera campur tangan bagi melindungi negara selepas protes anti Mubarak masuk hari ke-17.

Ini diikuti kenyataan bahawa Mubarak akan berucap secara langsung mengenai perkara itu. Televisyen kerajaan menyiarkan Menteri Pertahanan, Marsyal Hussein Tantawi mempengerusikan mesyuarat 24 pegawai tentera di sebuah meja bulat.
Selepas mesyuarat itu, jurucakap Majlis Tertinggi Tentera mengumumkan ‘sokongannya kepada tuntutan sah rakyat Mesir.’

Kenyataan itu kemudian dilabel ‘Perisytiharan Nombor 1,’ yang ditakrifkan tindakan tentera merampas kuasa.

Mubarak atau Naib Presiden, Omar Suleiman tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan.

C KAI T (L6F/10)

Posts : 11
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  C KAI T (L6F/10) on Fri Feb 11, 2011 12:56 pm

Ekonomi Malaysia

saham malaysia telah runtuh sebanyak 32.0

dipetik daripada surat khabar xin chow

C KAI T (L6F/10)

Posts : 11
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  C KAI T (L6F/10) on Fri Feb 11, 2011 1:00 pm

Kes Banjir di Malaysia

Penduduk Kampung Tok Siak Dalam dakwa projek perumahan punca bah

JOHOR BAHRU: Kira-kira 300 keluarga di Kampung Tok Siak Dalam, dekat sini, hidup tertekan apabila terpaksa mengharungi sekurang-kurangnya sembilan kali banjir kilat sejak tahun lalu yang didakwa berpunca daripada mendapan pada dasar sungai akibat pembinaan projek perumahan negeri kira-kira dua tahun lalu.

Difahamkan, masalah itu semakin serius apabila Sungai Tampoi gagal menampung air hujan hingga mengakibatkan penduduk sekitarnya mendakwa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit apabila banjir melanda.

Penduduk mendakwa mereka juga dinafikan hak pemilikan tanah walaupun memiliki geran hak milik bebas apabila pemaju sewenang-wenangnya menghantar notis mengosongkan kediaman masing-masing yang diserahkan kepada penduduk pada September tahun lalu bagi membolehkan mereka mengusahakan kolam tadahan di kawasan berkenaan.

dipetik daripada berita harian online

TAMBAHAN

pendudukan sangat sedih kerana tidak dapat menyambut tahun baru cina dengan gembira. rancangan bercuti bersama keluarganya terpaksa dibatalkan.

dipetik daripada cheong kai tian

C KAI T (L6F/10)

Posts : 11
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  C KAI T (L6F/10) on Sat Feb 19, 2011 12:17 pm

Kempen pilihan raya kecil Kerdau, Merlimau 8 hari[b]
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka iaitu penamaan calon 26 Februari dan pengundian, 6 Mac, dengan tempoh berkempen selama lapan hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata keputusan itu bagi membolehkan pihaknya menyelesaikan dua pilihan raya kecil itu lebih cepat supaya tumpuan SPR dapat diberikan kepada pilihan raya lebih besar, terutama Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 selepas ini.

Katanya, SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 bagi bahagian pilihan raya yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang dikemas kini sehingga 12 Februari 2011.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata keputusan itu bagi membolehkan pihaknya menyelesaikan dua pilihan raya kecil itu lebih cepat supaya tumpuan SPR dapat diberikan kepada pilihan raya lebih besar, terutama Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 selepas ini.

Katanya, SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 bagi bahagian pilihan raya yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang dikemas kini sehingga 12 Februari 2011.

C KAI T (L6F/10)

Posts : 11
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  C KAI T (L6F/10) on Sat Feb 19, 2011 12:22 pm

Speaker DUN Selangor tak puas hati keputusan kes

(berita tentang kes selangor : 6 bulan tidak hadir tetapi tidak dipecat)

SHAH ALAM: Walaupun Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memutuskan Badrul Hisham Abdullah (gambar) kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim bertegas beliau mempunyai kekebalan untuk mengisytiharkan kerusi itu kosong.

Hakim Datuk Zaleha Yusof ketika membuat keputusan itu turut memerintahkan Chang Khim membayar kos RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kekosongan kerusi terbabit.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mendengar hujah peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Badrul Hisham.

Chang Khim pada sidang media selepas itu berkata, akan memfailkan permohonan mengetepikan keputusan itu dan menyifatkan keputusan hakim tidak adil kerana hak asasinya sebagai Speaker yang mempunyai kekebalan seperti dalam peruntukan Artikel 72, Perlembagaan Persekutuan dinafikan.

Sebelum itu, dalam hujahnya Mohd Hafarizam berkata, dakwaan Chang Kim bahawa kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang DUN selama enam bulan adalah tidak tepat.

Tempoh enam bulan itu sepatutnya dikira bermula 8 November 2010 dan bukannya pada 16 Julai seperti diumumkan DUN Selangor. Tiada sidang DUN pada 16 Julai,” katanya.

Peguam yang mewakili Chang Khim, Tommy Thomas bagaimanapun, gagal hadir di mahkamah untuk pendengaran kes, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Kamaluddin Md Said.
Pada 19 Januari lalu, Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang selepas mendapati Badrul Hisham tidak menghadiri sidang DUN enam bulan, bermula 16 Julai 2010 hingga 16 Januari lalu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 69 Perlembagaan Negeri yang memperuntukkan pengisytiharan kekosongan kerusi jika ADUN tidak hadir sidang DUN selama enam bulan.

Berikutan itu, Badrul Hisham mencabar penggugurannya di mahkamah bagi mendapat pengisytiharan bahawa beliau masih wakil rakyat sah kawasan itu.

Sementara itu, Chang Khim berkata, mahkamah tidak sepatutnya meneruskan pendengaran berkenaan tanpa kehadiran peguamnya, Tommy Thomas, yang berada di Johor Bahru kerana terpaksa menghadiri satu perbicaraan yang sudah dijadualkan sejak berbulan lalu.

Pada 10 Februari lalu Chang Khim, melalui Tetuan Tommy Thomas, memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman terhadapnya difailkan Badrul Hisham, dengan alasan beliau mempunyai imuniti, berdasarkan peruntukan Artikel 72, Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya mengenai kedudukan Badrul Hisham ketika ini selepas keputusan mahkamah itu, Chang Khim berkata, beliau masih berpegang kepada keputusan dan deklarasinya sebelum ini bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang sudah kosong.

Apabila ditanya mengenai kedudukan Badrul Hisham sama ada akan dibenarkan menghadiri Sidang DUN pada 28 Mac depan, Chang Khim berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan berikutan beliau akan memfailkan permohonan dan berkemungkinan boleh mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Badrul Hisham yang ditemui pemberita selepas kesnya selesai petang semalam, bersyukur dengan keputusan berkenaan dan menganggapnya hadiah untuk rakyat Pelabuhan Klang.

kepada semua orang: mesti baca berita ini!!
Exclamation

C KAI T (L6F/10)

Posts : 11
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  C KAI T (L6F/10) on Sat Feb 19, 2011 12:24 pm

Man U-Crawley, langit dan bumi

LONDON: Crawley Town mengimpikan mencipta kejutan terbesar dalam sejarah Piala FA apabila berdepan gergasi Manchester United di Old Trafford pada pusingan kelima malam ini.

Kedua-dua pasukan diberikan jolokan The Red Devils kerana diurus warga Glasgow berperwatakan tegas. Tetapi selain itu, tiada banyak persamaan di antara Manchester United dan Crawley.

Dari segi pencapaian, United memenangi 18 kali gelaran liga dan 11 kali Piala FA manakala Crawley beraksi pada peringkat lebih rendah dalam Piala Senior Sussex dan Kejohanan Liga Utara.
Penyerang United, Wayne Rooney dipercayai meraih pendapatan mingguan lebih 200,000 pound (RM1.1 juta) manakala pemain berpendapatan paling tinggi Crawley pula dikatakan dibayar 1,100 pound (RM6,050) seminggu.

United kebiasaannya menarik kapasiti penuh 76,000 penonton di Old Trafford sedangkan Crawley bernasib baik jika dapat menarik lebih 1,000 peminat setiap minggu, sungguhpun sudah menjual 9,000 tiket bagi pertembungan malam ini.

Berdasarkan kepada kekuatan kewangan kedua-dua pasukan itu, keputusan kalah atau seri United kepada kelab kerdil dari Sussex itu akan dianggap kejutan terbesar dan atas faktor itu juga, pengurus Crawley, Steve Evans cukup bermotivasi menjelang wisel sepak mula.

C KAI T (L6F/10)

Posts : 11
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  C KAI T (L6F/10) on Sat Feb 19, 2011 12:29 pm

Nilai tanah Lembah Klang naik

Projek MRT di lima kawasan beri kesan gandaan RM210b dalam 10 tahun

NILAI tanah di lima kawasan pembangunan utama Lembah Klang dijangka meningkat antara 11 peratus hingga 35 peratus setahun dalam tempoh lima tahun akan datang susulan pelaksanaan projek Aliran Transit Massa (MRT).

Sementara itu, nilai hartanah kediaman dan komersial di kawasan berdekatan laluan itu pula berpotensi mencatat kenaikan sehingga 30 peratus setahun. Antara projek komersial akan dilancarkan berikutan adanya laluan MRT itu ialah KL Eco-City dengan nilai pembangunan kasar RM6 bilion di Bangsar, Capers dan Sentul East (Sentul) dan Damansara City (Pusat Bandar Damansara).

“Projek MRT juga akan memberi kesan gandaan besar bernilai RM210 bilion untuk 10 tahun akan datang,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam. Projek MRT yang dianggarkan bernilai RM43 bilion adalah pembangunan infrastruktur terbesar dilaksanakan kerajaan ketika ini. Kerja pembangunan projek MRT ini dijadualkan bermula Julai ini dan mengambil masa lima hingga enam tahun untuk disiapkan.

Mei Hui berkata“Bagi syarikat yang tidak mempunyai simpanan tanah di kawasan berkenaan, mereka akan bertindak pantas membuat pembelian. Hartanah di kawasan berdekatan laluan MRT dijangka mencatat premium sehingga 30 peratus setahun.”

Fasa pertama rangkaian projek MRT di Lembah Klang ini membabitkan laluan Sungai Buloh sehingga Kajang dan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Jarak laluan Sungai Buloh-Kajang adalah 51 kilometer, termasuk 19 peratus atau 9.5 kilometer daripadanya adalah laluan bawah tanah dengan 35 stesen akan dibina sepanjang laluan itu.

C KAI T (L6F/10)

Posts : 11
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  weishanlee on Sat Feb 19, 2011 4:21 pm

BERITA HARIAN

Rakyat Bahrain tolak sistem monarki


2011/02/19
KELUARGA penunjuk perasaan yang terbunuh membawa jenazah ke tanah perkuburan diiringi orang ramai, semalam.
KELUARGA penunjuk perasaan yang terbunuh membawa jenazah ke tanah perkuburan diiringi orang ramai, semalam.
MANAMA: Beribu-ribu rakyat Bahrain semalam menghadiri upacara pengebumian mangsa tunjuk perasaan yang terbunuh di Dataran Mutiara di sini, sambil meningkatkan desakan supaya pemerintah monarki negara itu berundur, selepas tentera menyerbu kawasan itu Subuh kelmarin.

Pada masa sama, pihak berkuasa negara itu mengharamkan perhimpunan umum dan mengerahkan kenderaan tentera berkawal di jalan raya bagi menghalang lebih banyak tunjuk perasaan, manakala keadaan di jalan raya lengang.
Tentangan terhadap pemerintah Bahrain dan kerabat diraja negara itu mencerminkan perasaan tidak puas hati yang semakin meningkat, selepas mendesak kerajaan mengurangkan dominasi monarki terhadap jawatan utama kerajaan dan menghapuskan diskriminasi terhadap penduduk majoriti puak Syiah.
Keadaan bagaimanapun berubah menjadi cabaran ke atas keseluruhan sistem pemerintahan selepas serangan kejam pasukan keselamatan kelmarin di kawasan penunjuk perasaan berkhemah sepanjang malam di Dataran Mutiara yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh dan lebih 230 lagi cedera.

“Rejim pemerintah mewujudkan perasaan marah dan benci di hati saya. Semua yang berkumpul di sini memendam perasaan tidak puas hati,” kata penunjuk perasaan, Ahmed Makki Abu Taki.

Abang Ahmed Makki 27 tahun maut apabila pasukan keselamatan menyerbu kawasan perkhemahan mereka di Dataran Mutiara. – AP

weishanlee

Posts : 26
Join date : 2011-02-07

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  weishanlee on Sun Feb 20, 2011 11:14 am

2011/02/20
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Kim perlu menghormati keputusan mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata sebagai Speaker, Teng sepatutnya faham undang-undang dan memberi kepercayaan 100 peratus kepada mahkamah.
Katanya, walaupun sedih, kecewa dan kesal kerana kalah dalam perbicaraan, reaksi Teng dalam isu berkenaan tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi beliau adalah penggubal undang-undang yang sepatutnya menghormati mahkamah
“Perlu diingat dalam sistem demokrasi tiada siapa lebih tinggi daripada undang-undang,” katanya ketika mengulas reaksi Speaker DUN Selangor itu yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mengekalkan kedudukan Badrul Hisham selaku ADUN Pelabuhan Klang.

Pada 19 Januari lalu, Teng mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong selepas mendakwa Badrul Hisham tidak hadir sidang DUN selama enam bulan bermula Julai 2010 hingga Januari 2011.

Dr Shamrahayu berkata, memang menjadi hak Speaker DUN untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi mana-mana DUN mengikut budi bicara dan pertimbangannya, tetapi dalam negara yang mengamalkan demokrasi, tiada pelaksanaan kuasa mutlak.

“Sebaliknya, mekanisme menjalankan tugas sebagai Speaker masih tertakluk kepada undang-undang. Undang-undang tetap jadi asas dan pertimbangan dalam menentukan kedudukan seseorang ADUN itu.
“Dalam kes ini, saya nampak keputusan mahkamah berasas penggubalan undang-undang sedia ada yang mengimbangi keputusan dibuat Speaker DUN berkenaan. Selaku Speaker, Teng sepatutnya menjalankan tugas tanpa prejudis kepada mana-mana pihak,” katanya.

Seorang lagi Pakar Undang-Undang Perlembagaan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata seseorang Speaker itu memang mempunyai kekebalan mengikut peruntukan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan, namun kekebalan itu tidak bererti tidak boleh dicabar dalam mahkamah.

“Speaker boleh mengumumkan kekosongan kerusi DUN, namun ia perlu selaras peraturan dan peruntukan undang-undang tubuh negeri. Jika bercanggah ia boleh dicabar di mahkamah dan keputusan mahkamah perlu diterima,” katanya.

weishanlee

Posts : 26
Join date : 2011-02-07

View user profile

Back to top Go down

Speaker tolak tayang di Parlimen

Post  weishanlee on Wed Apr 06, 2011 3:22 pm


2011/04/06
KUALA LUMPUR: Rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak boleh ditayangkan dalam Parlimen kerana melanggar peraturan mesyuarat, selain haram untuk ditonton bagi orang Islam.

Berikutan itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata beliau tidak boleh membenarkan tayangan video itu, lebih-lebih lagi ketika bersidang.
“Ahli Parlimen dilarang melakukan perkara yang melanggar peraturan mesyuarat seperti `unparlimentary words' (perkataan tidak sesuai disebutkan dalam persidangan) dan tuduhan tidak berasas.
“Dalam Dewan Rakyat kita dipandu oleh etika tertentu. Jangan kerana kepentingan politik individu, mencari justifikasi dulu dan selepas itu menggunakan wakil rakyat (imuniti) sebagai pelindung.

“Selagi saya duduk di sini sebagai Yang di-Pertua, saya tidak akan membenarkan Dewan Rakyat ini digunakan oleh siapa-siapa saja untuk kepentingan peribadi dan agenda politik," katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian selepas ditanya Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas) mengenai pandangannya sama ada video seks itu boleh ditayangkan di Dewan Rakyat berikutan laporan sebuah portal berita sebelum ini bahawa Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mencadangkan ia ditayangkan kerana Ahli Parlimen ada imuniti.

weishanlee

Posts : 26
Join date : 2011-02-07

View user profile

Back to top Go down

Re: berit5a terkini.................

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum