PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Nanoteknologi

+2
HsianMin (U6B/2010)
PnLeela
6 posters

Go down

Nanoteknologi Empty Nanoteknologi

Post  PnLeela Sun Oct 03, 2010 6:42 am

Aplikasi Nanoteknologi dalam Perubatan



Pengenalan : Nanoteknologi ialah bidang S&T yg menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul halus utk tujuan pelbagai tujuan.

Nano ialah saiz yg teramat kecii dpd 100 nanometer atau 1 bilion lebih kecil dpd saiz 1 meter. *Nanoteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang. * Aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan telah mendatangkan pelbagai faedah kpd pesakit.

Apakah faedah nanoteknologi yang dimaksudkan dalam soalan?

Sila senaraikan isi dan huraian, Setiap isi berserta huraian lengkap akan membawa markah untuk kumpulan. ( 4 markah)

Kelas U6B, U6A dan L6F....ambil perhatian Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  HsianMin (U6B/2010) Mon Oct 04, 2010 9:01 am

Penggunaan nanoteknologi telah memainkan peranan dalam rawatan dermatologi utk menyembuhkan pesakit yang menghadapi masalah kulit. Rawatan anti-inflamasi telah diperkenalkan sebagai satu kaedah terbaru yang efektif dan mudah bagi menyelesaikan masalah kulit. Bagi mengesahkan aplikasi ini, saintis telah menggunakan haiwan sebagai specimen klinikal. Kesan inflamasi akibat jangkitan bakteria pada lapisan kulit haiwan tersebut dapat dikurangkan. Merujuk kepada hal yang sama, rawatan anti-inflamasi tidak boleh dipandang sepi. Aktiviti anti-inflamasi partikel nano kristal perak mampu membasmi bakteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit. Partikel nano perak zink oksida dan emas pula digunakan untuk membunuh bacteria streptococcus mutans yang dikaitkan dengan masalah inflamasi oral manusia. Bagi memulihkan pesakit yang berhadapan dengan masalah kulit, pengaplikasian nanoteknologi dalam dunia perubatan merupakan satu langkah bijak.

flower kumpulan ASEAN B


Last edited by HsianMin (U6B/2010) on Mon Oct 04, 2010 9:04 am; edited 1 time in total

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Oct 04, 2010 9:04 am

Kebaikan perdana aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan ialah pembaikian dan regeneratif gen-gen penyakit genetik. Penyakit genetik seperti Thalassaemia dan Anaemia adalah berpunca daripada gen-gen yang mutasi. Gen-gen yang rosak ini boleh diganti dengan gen-gen yang normal melalui nanoteknologi. Gen-gen normal boleh disampaikan melalui partikel-partikel nano. Disebabkan saiz partikel-partikel nano yang amat kecil, gen normal ini dapat dimasukkan ke dalam nukleus sel yang rosak tanpa merosakkan nukleus tersebut atau mengubah struktur nukleus. Gen rosak dapat diganti oleh gen yang sihat dan baik. Dengan ini, pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca daripada pewarisan genetik yang rosak.

Asean B~~~
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Oct 04, 2010 9:27 am

Di samping itu, nanoteknologi dapat diaplikasikan dalam penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi. Partikel nano yang kecil dan halus telah dimanfaatkan bagi proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal. Partikel nano seperti tiub karbon nano boleh membawa ubat terus kepada sel kanser dan membunuhnya tanpa memudaratkan sel-sel normal. Selain tiub karbon nano, ubat dapat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yang dikenali sebagai oleoyl-chitosan (OCH) untuk membunuh sel-sel kanser paru-paru. Dalam rawatan onkologi kemoterapi, partikel nano telah menjadi ajen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel-sel kanser. Aplikasi nanoteknologi dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit kanser.

Asean B~~~
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  S.Teng(U6A/2010) Mon Oct 04, 2010 12:11 pm

Penggunaan Nanoteknologi boleh mengesan punca penyakit dan melaksanakan pemulihan awal dengan segera. Contohnya, MRI (magnetic resonance imaging) merupakan salah satu teknologi yang menggunakan teknologi ini. Imej yang dihasilkan daripada MRI dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan iimej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi. Jadi,MRI telah banyak membantu doktor-doktor melakukan kerja-kerja yang diagnostik penyakit dengan lebih mudah,cepat tepat dan jelas. Selainitu, ia juga mampu mengesan dan mengenalpasti penyakit pada tahap yang lebih baik serta dapat memberi kaedah rawatan yang bersesuaian.


Kumpulan Republik U6A Smile


S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  LiewJoey(LSB) Tue Oct 05, 2010 6:27 am

Nanoteknologi diramalkankan mampu membaikpulih molekul dalam badan manusia, memusnahkan sel kanser yang mula tumbuh, membuang toksin dalam badan dan melambatkan proses penuaan sel manusia. Satu pendekatan yang berkecekapan tinggi juga telah diperkenalkan iaitu dendrimer yang berfungsi mengangkut DNA ke dalam sel untuk terapi gen (lebih selamat daripada menggunakan virus yang diubahsuai). Pengubahsuaian skala nano permukaan implan boleh meningkatkan ketahanan permukaan melalui ikatan yang lebih kuat. Saintis telah mencipta kenderaan kecil yang boleh merentasi dari darah ke dalam otak untuk menghantar bahan kimia yang memusnahkan tumor secara berkesan. Penyelidik AS telah membentuk nanoshells-butiran kecil kaca yang disalut dengan emas yang boleh membunuh sel kanser apabila kapsul racun pecah.

Kecekapan nanoteknologi dalam bidang penjagaan kesihatan melalui pelbagai kaedah rawatan berketepatan tinggi di samping penghasilan produk farmaseutikal yang amat berkesan, diharap dapat mengurangkan kos rawatan untuk jangka panjang dan meningkatkan tahap kesihatan seluruh manusia di muka bumi.




Kumpulan Komanwel U6B

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  leeyoong_U6B Tue Oct 05, 2010 10:57 am

Kemajuan teknologi nano pada masa ini telah meningkatkan penggunaan dan keupayaan untuk menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik. Teknologi nano telah meningkatkan penggunaan sel suria dalam proses pengumpulan tenaga solar daripada matahari untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi dan perindustrian. Dengan ini, tenaga boleh baharu dapat menggantikan sumber tenaga tradisional seperti sumber tenaga fosil yang menghasilkan bahan api yang tidak boleh diperbaharui.

Contohnya, Di Imperial College of London misalnya, nanoteknologi digunakan oleh Keith Barnham, seorang penyelidik di institusi tersebut dalam usaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran sel solar. Sebuah syarikat ditubuhkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Imperial College of London yang dikenali sebagai Quantasol. Penyelidikan ini diketuai oleh Barnham sendiri yang telah menghasilkan sel suria menggunakan lapisan bahan GaAs sebagai filem nipis berbanding dengan silikon yang digunakan sebelum ini. Setiap lapisan akan menghasilkan warna atau gelombang cahaya yang berbeza apabila terdedah pada cahaya matahari. Syarikat tersebut mendakwa keseluruhan tenaga yang dihasilkan di dalam sel yang menggunakan bahan GaAs melebihi sekali ganda daripada kecekapan sel suria yang dihasilkan menggunakan bahan silikon sebelum ini.

~Kumpulan Komanwel U6B~

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  leeyoong_U6B Tue Oct 05, 2010 11:11 am

Nanoteknologibanyak memberi manfaat dalam bidang pertanian. seperti penghasilan baja dan zat penggalak, sistem kawalan keselamatan makanan.
Terdapat banyak produk berasaskan nanoteknologi berkaitan dengan pertanian dan industri asas tani sedang dibangunkan dan ada di antaranya telah memasuki pasaran. Baja pelepasan perlahan yang berkecekapan tinggi telah digunakan secara meluas dalam bidang pertanian di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan. Baja jenis ini dapat meningkatkan hasil pertanian yang memberangsangkan di samping menjimatkan perbelanjaan. Bahan pengaktif-nano atau perangsang-nano yang berfungsi sebagai perangsang penghasilan buah juga merupakan di antara produk nanoteknologi telah dipasarkan. Ia dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian dari 20 peratus sehingga 50 peratus. Alat penderia-nano jenis penderia-kimia berasaskan bahan berstruktur-nano telah diguna bagi menentukan keberkesanan penggunaan baja dalam sektor perladangan dan memantau sisa racun serangga di dalam air di kawasan pertanian dan persekitarannya.

~Kumpulan Komanwel U6B~

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Oct 06, 2010 9:05 am

cikgu, setiap kumpulan boleh bagi berapa isi Question
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Nanoteknologi Empty Re: Nanoteknologi

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum