PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Esei 2: Laras Sains

+3
leeyoong_U6B
yeow_U6A/2010
PnLeela
7 posters

Go down

Esei 2: Laras Sains Empty Esei 2: Laras Sains

Post  PnLeela Sun Oct 03, 2010 6:09 am


Sains dan teknologi telah membawa kepada pelbagai penemuan dan penciptaan. Pelbagai sektor telah mendapat manfaat daripada penemuan dan penciptaan tersebut.
Bincangkan



Tarikh tutup penghantaran: 8 Oktober 2010(Jumaat)

Selamat menjawab soalan esei yang lengkap Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Esei 2: Laras Sains Empty Re: Esei 2: Laras Sains

Post  yeow_U6A/2010 Mon Oct 04, 2010 3:46 am

cikgu adakah keempat-empat isi pun manfaat daripada penemuan dan penciptaan?
terima kasih.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Esei 2: Laras Sains Empty Re: Esei 2: Laras Sains

Post  leeyoong_U6B Tue Oct 05, 2010 1:12 pm

----- Dalam menuju ke arah mencapai Wawasan 2020, pelbagai teknologi telah timbul untuk membantu masyarakat dalam pelbagai aspek. Kemajuan sains dan teknologi yang begitu pesat telah meningkatkan daya pengeluaran dan pengeluaran dalam berbagai-bagai jenis sektor. Umpamanya, sains dan teknologi telah banyak menyumbang dalam bidang pentadbiran, pertanian, perubatan, perindustrian dan sebagainya.

----- Perkembangan sains dan teknologi telah membawa kemunculan komputer. Penggunaan komputer dalam bidang pentadbiran telah mempercepatkan sebarang urusan yang dijalankan. Contohnya, penggunaaan komputer di pejabat-pejabat pos dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Dengan menggunakan komputer, masyarakat dapat membayar bil-bil dan memperbaharui lesen dengan cepat sekali. Ini telah menjimatkan masa dan membolehkan maklumat disimpan dengan lebih selamat dan sistematik. Sehubungan itu, maklumat-maklumat berkaitan tidak perlu disimpan dalam fail yang agak merumitkan.

----- Tambahan pula, penggunaan komputer telah banyak membantu dalam bidang perubatan. Pembaharuan komputer telah banyak membantu dalam bidang perubatan. Komputer membolehkan para doktor untuk mendiagnosis sesuatu penyakit dan mengubatinya. Kecanggihan komputer membolehkan penyakit dalaman seperti barah otak, sakit jantung dan lain-lain dikesan pada peringkat terawal. Dengan ini, pesakit dapat dirawat dan diubati oleh pakar doktor sebelum terlewat. Selain itu, kadar denyutan nadi dan jantung serta kadar kolestrol juga boleh dikesan melalui komputer agar dapat memastikan seseorang itu sentiasa sihat.

----- Di samping itu, komputer juga memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Kini, komputer telah diggunakan secara meluas sama ada di rumah atau di pejabat. Pelajar boleh menggunakan komputer untuk membuat projek atau kerja rumah. Komputer membolehkan pelajar mengendalikan maklumat dan menyelesaikan masalah dengan cepat sekali. Sekarang, komputer juga berfungsi sebagai penggerak untuk membawa perubahan positif dalam sistem pendidikan yang mencabar. Dengan mempunyai sebuah komputer yang baik lagi lengkap, pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini melalui Internet pada masa yang singkat.

----- Selain itu, perkembangan komputer juga berfungsi penting dalam bidang penyelidikan. Para saintis memerlukan komputer dalam kerja penyelidikan. Melalui komputer, urusan penyelidikan dapat dijalankan dengan lancar dan tepat. Komputer membolehkan mereka membuat sesuatu analisis dengan cepat bagi menjimatkan masa dan tenaga dalam sesuatu kajian. Penyelidikan dan pembangunan membolehkan sektor lain seperti bidang perindustrian dan pertanian berkembang dengan pesat. Secara tidak langsung, hasilan dapat dioptimumkan dengan kos yang rendah bagi memaksimumkan keuntungan.


----- Secara kesimpulannya, kemajuan sains dan teknologi telah memberikan banyak manfaat dalam usaha ke arah pembangunan negara. Selagi penciptaan teknologi tidak disalahgunakan , ia akan memberi sumbangan yang besar di perlbagai bidang. Memang tidak dinafikan bahawa komputer merupakan salah satu penciptaan yang amat membantu dalam pelbagai bidang.untuk mempercepatkan segala urusan yang dijalankan.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Esei 2: Laras Sains Empty Re: Esei 2: Laras Sains

Post  LowYuePeng(U6B) Thu Oct 07, 2010 6:48 pm

-Pada zaman yang globalisasi ini, negara kita semakin maju dan menunjukkan keputusan yang membanggakan. Kesemua hasil adalah daripada
perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. Bidang ini telah membawa kepada pelbagai penemuan dan penciptaan yang banyak membawa faedah kepada pelbagai sektor. Secara ringkasnya, sains dan teknologi memberikan sumbangan yang sepenuh dalam perkembangan negara kita.

-Pertama sekali, kemajuan sains dan teknologi membawa kepada komputer yang merupakan ciptaan yang amat berguna pada masa kini. Komputer mempunyai pelbagai fungsi. Pengguna boleh buat ketikan dokumen-dokumen melalui komputer. Melalui komputer, kami juga boleh akses kepada internet. Dengan melalui internet pejabat atau jabatan tertentu boleh membuat sebarang urusan seperti e-mail, e-banking, dan sebagainya. Dengan ini, mereka boleh menjimat masa dalam pelbagai urusan mereka hanya duduk di depan komputer tanpa keluar dari pejabat.

-Penemuan dan penciptaan sains dan teknologi telah memanfaatkan bidang perubatan. Pelbagai operasi-operasi boleh dipercepatkan dengan menggunakan komputer. Para doktor boleh memeriksa dan mendiagnosis pesakit-pesakit mereka dengan lebih yakin. Pelbagai penyakit serius boleh dikenalpastikan lebih awal dengan kegunnaan komputer. Selain itu, jururawat juga boleh mempercepatkan proses pendaftaran pesakit dan meningkatkan segala sekuriti maklumat pesakit tersebut.

-Tambahan pula, bidang pendidikan juga banyak bergantung kepada komputer pada masa kini. Pelajar-pelajar boleh mencari maklumat lanjut daripada internet melalui komputer selain daripada buku. Ini boleh meningkatkan produktiviti pelajar dalam pelajaran. Para guru juga boleh memulakan pelajaran mereka melalui internet iaitu e-forum. Pelajar boleh belajar melalui e-forum itu walaupun pada musim cuti.

-Selain itu, komputer juga memainkan peranan yang penting dalam sektor perindustrian. Sektor perindustrian memerlukan teknologi yang canggih terutamanya industri berat. Kini, semua kerja dan proses perindustrian menggunakan komputer. Operasi perindustrian kebanyakkan menglibatkan penggunaan komputer. Mereka menggunakan komputer manupulasi peralatan supaya meringankan proses tersebut.

-Kesimpulannya, perkembangan sains dan teknologi merupakan unsur penting dalam pembangunan negara kita. Ini telah membawa pelbagai manfaat kepada manusia. Sekiranya kita menggunakan ilmu ini dengan niat yang baik, ia akan membawa lagi banyak kebaikan terhadap negara kita dan masyarakat. Oleh itu, kita mestilah memajukan sains dan teknologi supaya pada masa depan bolehlah generasi baru menikmati kejayaan kita.
LowYuePeng(U6B)
LowYuePeng(U6B)

Posts : 23
Join date : 2009-05-13
Age : 32

Back to top Go down

Esei 2: Laras Sains Empty Re: Esei 2: Laras Sains

Post  xiaowen_U6B Fri Oct 08, 2010 6:04 pm


Dalam menyusuri era globalisasi,kemajuan sains dan teknologi sangat penting sehingga membawa kepada pelbagai penemuan dan penciptaan. Penciptaan ini mampu melakukan penyesuaian, pembaharuan serta pelaburan yang berteknologi intensif, dan menyumbang kepada tamadun saintifik yang gemilang.

Kemajuan sains dan teknologi telah membawa kepada penciptaan laser yang memanfaatkan sektor perubatan. Laser ( Light Amplication Stimulated Emission Radiation ) merupakan cahaya yang diperkuatkan daripada rangsangan telah berjaya mengubati beraneka jenis penyakit yang tidak dapati diubati pada zaman lepas.Laser sesuai dalam rawatan mata, dermatologi,mengesan dan memotong sel-sel barah yang membahaya dan sebagainya. Yang amat membanggakan ialah penciptaan laser ini telah menurun peratusan kematian yang disebabkan oleh penyakit kanser.

Selain itu,aplikasi sains dan teknologi telah banyak membawa manfaat dalam sistem pendidikan iaitu dengan penciptaan komputer. Misalnya, dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru dapat mendedahkan lebih banyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang lebih luas yang tidak dapat didapati dalam buku teks sekolah. Tambahan lagi, pelajar boleh menggunakan media komputer untuk berkomunikasi dengan guru serta membaiki kesilapannya secara online. Di samping itu, program CAI (Computer-aided Instuction) dapat memantau perkembangan kemajuan pelajar di sekolah dengan mudah. Oleh itu, penciptaan komputer membantu melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan professional yang mampu memodenkan negara kita.

Sains dan teknologi juga telah membantu dalam industri makanan melalui bioteknologi. Melalui cara pengklonan, baka yang baik iaitu tanaman kelapa sawit, getah dan padi dapat dicipta. Selain itu, terdapat banyak tanaman GMC ( Genetically Modified Crops ) seperti tomato, kacang soya, strawberi dan lain-lain lagi yang ditanam. Kacukan tanaman juga dijalankan oleh MARDI iaitu kacukan buah-buahan seperti durian,D24, betik jenis Excortica, dan belimbing, kacukan sayur-sayuran seperti kubis, cili dan kacang panjang. Oleh itu, bioteknologi telah banyak membantu dalam industri makanan iaitu mencipta makanan yang berkualiti dan mampu menampung keperluan dalam negara serta keperluan eksport yang dapat mendapat keuntungan maksimum.

Tambahan lagi, pengenalan MSC ( Multimedia Super Corridor ) telah banyak menyumbang kepada bidang telekomunikasi negara. MSC merupakan zon pelaburan khas yang dibentuk untuk menarik syarikat yang berteknologi untuk melabur di negara ini. MSC juga menawarkan persekitaran berpusat yang baik supaya rangkaian multimedia berbentuk perkhidmatan dan barangan dapat disalurkan ke serata dunia. Oleh itu, MSC berjaya memajukan bidang telekomunikasi negara dengan membantu masyarakat dalam melaksanakan tugasan seharian mereka.

Konklusinya, sains dan teknologi sangat penting dalam membina sebuah negara yang bertaraf tinggi. Kerajaan juga telah melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi demi mengalakkan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi dan sosial selaras dengan cabaran keenam dalam Wawasan 2020. Masyarakat yang saintifik dan progresif tentu dapat memodenkan negara kita.


xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Esei 2: Laras Sains Empty Re: Esei 2: Laras Sains

Post  LiewJoey(LSB) Fri Oct 08, 2010 8:16 pm

Pada era globalisasi ini, teknologi dan perilmuan sains telah memainkan peranan yang penting dalam membantu pertumbuhan dalam pelbagai sektor dan bidang , terutamanya sektor pemakanan, pertanian hydroponik, penternakan, perubatan, serta pendidikan. Teknologi baru dan maju juga telah memperkasakan pembekalan maklumat dan informasi yang manakah dapat menjana pencapaian yang intensif dan berkecekapan tinggi.

Dalam industri makanan, negara kita mula mengamalkan bioteknologi yang dapat meningkatakan kualiti dan kuantiti makanan. Cara ini dapat mengurangkan masalah yang mungkin berlaku akibat kebuluran atau kekurangan hasil tanaman untuk menampung keperluan penduduk yang semakin mendadak bilangannya. Melalui bioteknologi,cebisan DNA dapat dimanipulasikan untuk bergabung dengan gen-gen yang berguna supaya boleh mendapat hasil tanaman yang dapat merintang kepada peyakit, malapetaka ataupun gangguan perosak.Sekarang, bioteknologi juga digunakan dalam mencampur gen bakteria untuk menghasilkan tanaman yang juga berfungsi sebagai pembunuh serangga, ini dapat menjamin mutu dan kuantiti tanaman tersebut.

Dari sektor penternakan juga,kejuruteraan genetik juga dipraktiskan oleh para saintis untuk mengacukan dan menghybridkan dua jenis binatang supaya lahirnya species yang baru. Pengubaihsuaian genetik juga dilakukan di atas haiwan dan ternakan antaranya bertujuan memperbaiki kualiti dan kuantiti daging, susu dan penghasilan ternakan seperti lembu.Selain itu, pemindahan embrio biak haiwan juga memberi sumbangan yang signifikan kepada bidang penternakan ini.Melalui kaedah ini, embrio yang baka baik dipindahkan dari penderma ke penerima.Dengan itu, maka lahirnya anak baka baik .

Dari segi informasi dan maklumat, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, pemasaran tanpa sempadan, mewujudkan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia.Pihak kerajaan juga mengambil usaha untuk memperkasakan pembangunan intelek dengan menubuhkan sekolah bestari .Tujuannya adalah untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.

Dari segi perubatan , kaedah baru seperti pengimejan molekul memberi sumbangan yang amat besar dalam radiografi dan ICT. Kaedah ini menggunakan tumor khas atau penghasil gen sebagai alat untuk mengesan penyakit dan mengenalpasti rawatan yang diperlukan. Dengan adanya kaedah ini, kita dapat mengesan sel-sel yang berkanser dan sempat mengubatinya sebelum terlewat. Teknologi ini juga dijangka memainkan peranan penting dalam menghasilkan produk kesihatan dan farmaseutikal.Mata Bionik juga merupakan salah satu teknologi yang berkaitan dengan bidang perubatan. Teknologi ini juga mula diamalkan oleh negara-negara asing yang maju untuk memanfaatkan golongan buta.


Dengan inovasi dan revolusi yang tercetus dalam kemajuan sains dan teknologi yang lahir daripada integrasi teknologi moden diharapkan dapat memberi manfaat dan kesejahteraan kepada semua pihak dan seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat kita dan generasi kita yang akan datang.

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Esei 2: Laras Sains Empty Re: Esei 2: Laras Sains

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Oct 12, 2010 10:19 am

Pada zaman yang kian berkembang ini, bidang sains dan teknologi telah membawa kepada pelbagai penemuan dan penciptaan untuk pembangunan negara. Oleh demikian, terdapat beberapa sektor telah mendapat manfaat daripada penemuan dan penciptaan tersebut.

Bidang sains dan teknologi telah membawa manfaat dalam sektor perubatan. Contohnya, bioteknologi telah banyak membantu memperbaiki taraf kesihatan masyarakat dan meningkatkan kesejahteraan sosial. Penemuan bioteknologi telah mencipta ubat-ubatan seperti insulin, antibiotik dan vaksin untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit yang kronik. Keadah moden untuk merawat dan mengubati penyakit seperti barah dapat membantu memajangkan jangka hayat. Oleh itu, kemajuan dalam bidang perubatan memainkan peranan yang penting dalam usaha mencegah pelbagai penyakit.

Seterusnya, bidang sains dan teknologi juga telah membawa manfaat dalam sektor pertanian. Contohnya, kaedah kultur tisu dan pengklonan tumbuh-tumbuhan dapat meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian. Dalam bidanag ini, telah berjaya menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, pisang dan sebagaonya secara besar-besaran. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kandungan nutrisi pelbagai jenis tanaman sehingga ia mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu, bidang sains dan teknologi juga telah membawa manfaat dalam sektor pengangkutan dan perkhidmatan. Kemajuan sains dan teknologi telah banyak menghasilkan sistem pengangkutan yang lebih cekap, cepat dan kurang mencemarkan alam sekitar. Secara langsungnya, ia dapat meningkatkan kesejahteraan sosial. Selain itu, kemajuan sains dan teknologi ini juga dapat meningkatkan perkhidmatan saintifik seperti bidang elektronik digital telah mempercepatkan perkhidmatan dengan lebih lancar.

Tambahan pula, bidang sains dan teknologi juga telah membawa manfaat dalam bidang informasi dan maklumat. Contohnya, penubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertujuan untuk kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, pemasaran tanpa sempadan, penyelidikan dan pembangunan(R&D), dan jaringan perusahaan sedunia. Pihak kerajaan juga mengambil usaha untuk memperkasakan pembangunan intelek, memajukan pengurusan dan pentadbiran serta ekonomi negara.

Sebagai kesimpulannya, kemajuan sains dan teknologi telah membawa pelbagai manfaat kepada manusia. Oleh itu, kita perlulah melakukan inovasi dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan lagi dalam bidang sains dan teknologi ini.


S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Esei 2: Laras Sains Empty Re: Esei 2: Laras Sains

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum