PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemulihan ekonomi perlu komitmen sektor swasta

Go down

Pemulihan ekonomi perlu komitmen sektor swasta  Empty Pemulihan ekonomi perlu komitmen sektor swasta

Post  keat sin (U6A) Tue Sep 28, 2010 1:30 pm

DATUK Seri Najib Razak berkata, usaha memastikan pemulihan berterusan ekonomi global akan dapat dicapai dengan mengembalikan semula keyakinan sektor swasta untuk membuat komitmen pelaburan jangka panjang dalam ekonomi.
Perdana Menteri berkata, komitmen sektor swasta untuk melabur bagi tempoh jangka panjang adalah perlu bagi memacu persekitaran keusahawan dalam sesebuah ekonomi yang menjadi antara komponen yang diperlukan bagi mencapai pemulihan berterusan.
"Kerajaan hanya boleh mengisi kekosongan pelaburan dalam sesebuah ekonomi untuk suatu jangka terhad. Bagi memastikan pemulihan ekonomi global mula bercambah, sektor swasta perlu melakukan pelaburan baru yang ketara untuk tempoh jangka panjang," katanya pada Simposium Pasaran Modal Dunia Kedua anjuran Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Kuala Lumpur, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar.

Najib turut menegaskan, pembaharuan ekonomi yang ingin dilakukan perlu memikirkan usaha mewujud keseimbangan antara kepentingan masyarakat dan perniagaan.

"Keuntungan tidak boleh dijadikan satu-satunya perkara yang memberikan motivasi kepada perniagaan. Ia mungkin memuaskan pemegang saham, tetapi tidak memenuhi keperluan masyarakat," katanya.
Najib juga berkata, sudah tiba masanya, masyarakat antarabangsa berubah daripada amalan bersaing sesama sendiri kepada menggalakkan kerjasama global.

"Secara semula jadi, banyak negara berusaha keras mengukuhkan daya saing mereka, namun bagi mengekalkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan, perlu diwujudkan situasi sama-sama menang yang menguntungkan kedua-dua belah pihak," katanya.

Jelasnya, masyarakat dunia juga perlu memberikan perhatian yang lebih besar berbanding sebelum ini dari segi membina keyakinan dan kepercayaan merentasi sempadan.

"Pada pandangan saya usaha ini memerlukan lebih perhatian daripada yang diberikan sebelum ini," katanya.

Najib turut mencadangkan tadbir urus antarabangsa disemak semula kerana ia memainkan peranan dalam membentuk persekitaran perniagaan dan kewangan yang diurus dengan baik yang seterusnya memberi kesan kepada kehidupan masyarakat.

Beliau berkata, semakan semula itu perlu menekankan usaha mengukuhkan kebajikan sosial menerusi pengagihan kekayaan ekonomi secara lebih meluas.

"Pemantauan dan keseimbangan diperlukan bagi mengelak dominasi oleh pihak berkepentingan yang berpengaruh dalam proses pembuatan keputusan global," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum