PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar perlu miliki daya kreatif, inovasi

Go down

Pelajar perlu miliki daya kreatif, inovasi Empty Pelajar perlu miliki daya kreatif, inovasi

Post  yeeleng(L6A) Sat Aug 07, 2010 5:50 pm

PUTRAJAYA: Golongan pelajar bukan saja perlu mahir dalam kemahiran profesional, tetapi turut melengkapkan diri dengan kebolehan generik yang berteraskan daya kreativiti dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebolehan generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah atau menghasilkan sesuatu yang berfaedah menerusi cetusan daya kreativiti dan inovasi amat diperlukan negara untuk memacu ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Selain itu, katanya, kemahiran berkenaan juga berupaya mengelakkan pelajar daripada terjebak dalam perangkap persepsi atau emosi yang mengaburi pandangan mereka mengenai sesuatu isu. "Pelajar tidak seharusnya mengehadkan pencarian ilmu dalam kuliah, sebaliknya lebih kreatif dalam meneroka ilmu menerusi pelbagai sumber, termasuk pembabitan dalam aktiviti yang akan mendedahkan mereka kepada pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang tidak diperoleh dalam bilik kuliah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bilangan 1/2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MPPK, berkata kemahiran kepemimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap dapat diperoleh dan dimantapkan melalui pembabitan pelajar dalam persatuan atau kelab di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS).

Katanya, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran untuk berhujah dan mengeluarkan pandangan atau cadangan yang bernas dan kemahiran penting itu boleh dibina serta dimantapkan melalui pembabitan dalam program diskusi atau wacana di universiti.
Muhyiddin berkata, dengan keupayaan berfikir secara objektif dan kesediaan untuk mendengar pandangan dilontar dari sudut berbeza, pelajar akan dapat menghormati perbezaan pendapat, menerima pandangan terbaik dan mengelak daripada terjerumus dalam polemik tidak berfaedah.

MPPK adalah wadah utama yang memberi peluang kepada kepemimpinan pelajar di IPTA dan IPTS berbincang mengenai pelbagai isu penting negara bersama kepemimpinan tertinggi negara

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum