PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warga tua ditetak 4 gengster

Go down

Warga tua ditetak 4 gengster Empty Warga tua ditetak 4 gengster

Post  ong poh lee U6B Mon Aug 02, 2010 3:53 pm

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Seorang warga emas maut ditetak sekumpulan empat lelaki bersenjata yang merupakan anggota kumpulan gengster di kediamannya di tingkat enam Flat Permai Ria, Tasik Permai di Ampang Jaya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam, dua anak lelaki mangsa yang berusia 22 dan 34 tahun, turut cedera termasuk salah seorang daripadanya parah. Isteri mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bekas kakitangan Jabatan Bekalan Air Selangor yang hanya dikenali sebagai Kannayah, 62, dipercayai diserang kerana tindakannya menghalang empat suspek itu merekrut dua anaknya menyertai kumpulan terbabit.

Terdahulu, suspek datang ke rumah mangsa untuk memujuk dan mempelawa dua anaknya menyertai kumpulan mereka.

Difahamkan, pelawaan itu sudah dibuat sejak dua bulan lalu namun tidak dilayan kedua-dua anak mangsa yang masing-masing bekerja sebagai pembantu pejabat dan tukang cuci kereta.

Bantahan keras mendiang menyebabkan sekumpulan suspek itu naik berang sebelum disusuli dengan pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Tidak lama kemudian, suspek tiba-tiba mengeluarkan parang dan menetak mendiang, mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan. Kedua-dua anaknya yang cuba menghalang serangan itu turut diserang.

Suspek kemudian beredar dari tempat kejadian namun salah seorang daripada mereka dikepung dan dibelasah oleh jiran mangsa yang tampil membantu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, empat suspek itu bagaimanapun akhirnya berjaya meloloskan diri dengan menaiki sebuah kereta Nissan Sentra dan sebuah motosikal.

Menurut beliau, bantuan kecemasan dari Hospital Ampang dikejarkan ke tempat kejadian namun mangsa meninggal dunia sebelum sempat dimasukkan ke dalam ambulans.

"Polis akan mengesan dan mengenal pasti identiti kumpulan gengster ini. Siasatan terperinci akan dijalankan untuk mengetahui tujuan kumpulan ini bersungguh-sungguh ingin merekrut dua anak si mati.

"Keluarga mangsa pernah membuat laporan polis pada 12 Julai lalu kerana dua anaknya menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada suspek, ekoran keengganan mereka menyertai kumpulan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian malam tadi.

Beliau meminta mana-mana klinik atau hospital yang didatangi sekumpulan empat lelaki dengan salah seorang daripada mereka cedera parah untuk mendapatkan rawatan supaya memaklumkan kepada pihak polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat manakala kedua-dua anaknya yang cedera dirawat di hospital yang sama.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum