Banteras masalah sosial tanggungjawab semua pihak

View previous topic View next topic Go down

Banteras masalah sosial tanggungjawab semua pihak

Post  keat sin (U6A) on Sat Jul 31, 2010 9:56 am

PONTIAN 30 Julai - Usaha membanteras masalah sosial perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan ia tidak terus menjadi parah dalam masyarakat pada masa depan.

Pegawai Daerah Pontian, Mohamed A. Karim berkata, masalah sosial yang berlaku kini amat menakutkan dan memerlukan anggota masyarakat berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk menanganinya.

Beliau berkata, golongan yang terjebak dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, salah laku seksual dan lumba haram memerlukan bantuan daripada orang ramai.

"Selain tanggungjawab jabatan dan agensi kerajaan berkaitan, peranan orang ramai dan masyarakat adalah dituntut bagi bersama membanteras masalah ini daripada terus berlaku.

"Pelbagai langkah dan pendekatan diambil bagi memastikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis masa depan supaya tidak rosak akhlak dan jiwanya," katanya semasa merasmikan Program Membanteras Gejala Sosial dan Penyalahgunaan Dadah, Sepakat Masyarakat dan Usahawan Daerah Pontian, di sini baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Daerah Pontian dengan kerjasama Zamrud Event Managment itu turut dihadiri Pengarah Urusan Zamrud Event, Zamrud Misdi.

Mohamed berkata, kes pembuangan bayi yang semakin meningkat memerlukan perhatian khususnya daripada ibu bapa supaya dapat mengawasi pergaulan anak remaja mereka.

"Kes seperti ini turut melibatkan pelajar yang sepatutnya memberi fokus dan tumpuan kepada pelajaran namun yang berlaku adalah sebaliknya.

"Selain pengaruh rakan sebaya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga menjadi punca mereka terjebak dengan salah laku tanpa batasan yang ditegah dan dilarang di sisi agama Islam," katanya.

Katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja mengundang rasa malu kepada keluarga malah menyebabkan bayi yang tidak berdosa dibuang di merata-rata tempat tanpa rasa kasihan.

Beliau turut menyarankan pendekatan keagamaan digunakan dengan menerusi aktiviti kerohanian di masjid, surau, sekolah, tempat kerja dan komuniti masing-masing.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Re: Banteras masalah sosial tanggungjawab semua pihak

Post  leeyoong_U6B on Tue Aug 03, 2010 12:55 pm

Saya amat setuju!! Banteras masalah sosial MERUPAKAN tanggungjawab semua pihak~ masalah sosial yang semakin meningkat amat menakutkan.. Peningkatan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, salah laku seksual dan lumba haram memerlukan bantuan daripada orang ramai. Semua anggota masyarakat sepatutnya berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk menanganinya. Marilah kita bersama-sama berusaha mengurangkan masalah sorsial! Elakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum