Tingkatkan kawalan sekolah

View previous topic View next topic Go down

Tingkatkan kawalan sekolah

Post  keat sin (U6A) on Sat Jul 31, 2010 9:44 am

KUALA LUMPUR 30 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan kebimbangannya mengenai trend peningkatan pelajar yang menjadi mangsa keganasan kumpulan gengster.

Beliau berkata, perkembangan itu bukan sahaja menganggu proses pembelajaran apabila kumpulan gengster tersebut cuba merekrut ahli baru, tetapi turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan pelajar.

“Saya bimbang dengan trend ini kerana daripada laporan yang diterima ada sebahagian mempunyai asas yang kukuh dan kini berada di bawah kuasa polis,” katanya selepas meraikan kejayaan kontinjen Malaysia pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2010, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian pelajar dipukul kumpulan gengster yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan lalu, termasuk kes terbaru melibatkan tiga orang pelajar tingkatan tiga di Ampang, Selangor.

Dalam kejadian 22 Julai lalu, mangsa, C. J. Han, T. C. Fook dan N. W. Hao masing-masing berusia 15 tahun cedera di kepala, badan dan tangan apabila dipukul sekumpulan lelaki menggunakan kayu dan rotan selama 30 minit sehingga pengsan kerana enggan menjadi ahli kumpulan mereka.

Sebelum itu, pada 11 Julai, seorang pelajar tingkatan lima di Johor Bahru, Lim Bing Li, 17, terpaksa menerima 12 jahitan di kepala dan lebam di muka serta badan akibat dipukul sekumpulan samseng gara-gara ingin menarik diri daripada kumpulan berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan kawalan serta pemantauan di sekolah-sekolah yang berisiko dan jika terdapat ancaman, tindakan segera perlu diambil.

“Masalah ini adalah masalah persekitaran. Justeru itu kementerian mahu semua pihak memainkan peranan masing-masing dan bukan hanya mengharapkan kepada pihak polis semata-mata.

“Kita mahu ibu bapa memastikan setiap gerak-geri anak mereka diperhatikan. Pada guru pula berperanan mendidik di sekolah dan masyarakat juga harus membantu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan pelajar yang terbabit dalam kegiatan jenayah termasuk menyertai kumpulan gengster.

Menurutnya, undang-undang tidak membezakan seseorang itu pelajar atau tidak jika terbabit dalam kegiatan jenayah.

“Sama ada kumpulan yang melakukan jenayah itu pelajar atau tidak, bagi kementerian, kita tidak membezakannya. Jenayah adalah jenayah dan siapa yang bertanggungjawab akan menerima hukuman,” tegasnya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum