PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pekerja kilang dibunuh kejam dengan badan diikat, kepala dit

Go down

Pekerja kilang dibunuh kejam dengan badan diikat, kepala dit Empty Pekerja kilang dibunuh kejam dengan badan diikat, kepala dit

Post  ypeng(U6A/10) Mon Jul 26, 2010 3:36 pm

SHAH ALAM 25 Julai - Seorang pemuda berusia 25 tahun maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya diikat dan kepalanya ditetak.

Mohd. Kasibal Julaini, 25, yang berasal dari Sabah dipercayai diserang sekumpulan 20 lelaki di Flat Valencia, Taman Sri Muda di sini malam kelmarin.

Dia yang bekerja di sebuah kilang di sini mati di tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, rakan mangsa yang masih belum dikenalpasti identitinya turut cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, kedua-dua mangsa dikatakan sedang bermain gitar dengan lima lagi rakan mereka sebelum diserang sekumpulan lelaki yang menaiki motosikal.

Menurutnya, ketika mereka diserang dengan kumpulan itu yang bersenjatakan parang, lima rakan mangsa sempat melarikan diri.

"Sehingga petang ini, polis berjaya menahan seramai 10 lelaki bagi membantu siasatan hasil sekatan jalan raya yang diadakan sekitar Taman Sri Muda.

"Seorang daripada mereka turut memiliki parang ketika ditahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noor Azam menambah, siasatan turut merangkumi sama ada kes tersebut ada kaitan dengan kejadian sebuah motosikal yang terbakar di padang permainan tidak jauh dari tempat kejadian.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum