PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelaksanaan dasar negara ambil kira semua kaum

Go down

Pelaksanaan dasar negara ambil kira semua kaum  Empty Pelaksanaan dasar negara ambil kira semua kaum

Post  Yao Benjamin (L6F/2010) Fri Jul 23, 2010 11:44 am

MIRI 22 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat memahami pentingnya mempunyai sebuah kerajaan yang dapat melaksanakan dasar-dasar negara dengan mengambil kira kepentingan semua kaum dari segi keseimbangan, keinginan dan harapan mereka.
Perdana Menteri berkata, sebab itu, kerajaan amat teliti dalam mengenal pasti dasar-dasar yang hendak dilaksanakan supaya menepati gagasan 1Malaysia.
Menurutnya, menerusi gagasan itu, dasar pentadbiran kerajaan akan menjurus dan berpaksi kepada amalan prinsip meritokrasi, keadilan sosial serta pertimbangan-pertimbangan yang wajar.
Tambah beliau, contoh terbaik boleh didapati dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apabila ia ditentukan mengikut prinsip meritokrasi dan keadilan sosial.
Mengenai prinsip merit, beliau berkata, kerajaan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang mendapat keputusan SPM 9A dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di universiti luar negara dan tempatan tanpa mengira bangsa atau agama mereka.
"Tetapi, pada masa yang sama, kita juga perlu membantu mereka yang datang daripada kumpulan tidak bernasib baik disebabkan keadaan persekitaran dan faktor lain.
"Tidak mungkin bagi seorang pelajar dari Long Banga di pedalaman Baram di Miri mampu bersaing dengan seorang rakan pelajar, katakanlah dari sekolah Bukit Kenny (Bukit Tunku) di Kuala Lumpur," katanya.
Najib berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan prinsip meritokrasi semata-mata kerana ia tidak akan dapat memberi peluang kepada anak-anak khususnya di Long Banga, Lachau Ulu, Kanowit dan sebagainya untuk menjadi terpelajar serta berjaya.
Pada masa sama, katanya, kerajaan juga tidak boleh bertindak menolak pengiktirafan kepada pelajar cemerlang di kalangan kaum Cina kerana ia juga tidak adil kepada mereka.
Rakyat Malaysia, katanya, mesti sedar betapa pentingnya bagi mereka untuk mempunyai sebuah kerajaan yang menghargai dan mengiktiraf faktor-faktor ini.

Yao Benjamin (L6F/2010)

Posts : 35
Join date : 2010-05-26

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum