PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 lelaki guna kad kredit palsu ditahan

Go down

3 lelaki guna kad kredit palsu ditahan Empty 3 lelaki guna kad kredit palsu ditahan

Post  S.Teng(U6A/2010) Thu Jul 22, 2010 2:56 pm

ALOR SETAR 21 Julai - Polis menahan tiga lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki memiliki dan menggunakan kad kredit palsu yang diklon di luar negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Supritendan, Idris Abd. Rahman berkata, dua suspek ditahan dalam serbuan pihak polis di sebuah rumah di Taman Mahagoni, Jalan Tanjung Bendahara di sini pada kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

Katanya, seorang lagi suspek yang turut tinggal di rumah tersebut ditahan semalam kira-kira pukul 11 pagi di rumah yang sama.

"Kami menjumpai 31 keping kad kredit Visa, 36 keping kad kredit Master Card daripada pelbagai bank atas nama pelbagai individu dan 70 keping kad kredit HSBC Master Card yang tidak mempunyai nama dan nombor.

"Ketiga-tiga suspek dipercayai saling mengenali dan berkawan baik serta hidup mewah dengan menggunakan kad kredit palsu tersebut walaupun tidak mempunyai pekerjaan tetap," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak polis percaya suspek telah berjaya menggunakan 67 keping kad kredit tersebut dengan kerugian dianggarkan bernilai RM200,000.

"Suspek akan membeli barangan berharga RM1,000 hingga RM6,000 di mana-mana kedai dan mereka hanya akan menggunakan kad kredit tersebut sekali atau dua kali sebelum transaksi disekat oleh pihak bank.

"Kami percaya mereka aktif menggunakan kad kredit klon itu sejak tiga tahun lalu dan kebanyakan transaksi dibuat di sekitar Lembah Klang," katanya.

Jelas Idris, pihak polis masih memburu dua lagi suspek yang terlibat dalam kegiatan ini.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum