PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kanak-kanak warga asing tanpa dokumen pengenalan turut dapat

Go down

Kanak-kanak warga asing tanpa dokumen pengenalan turut dapat Empty Kanak-kanak warga asing tanpa dokumen pengenalan turut dapat

Post  yeeleng(L6A) Tue Jul 20, 2010 3:56 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa memastikan penyediaan dan pelaksanaan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen dapat dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan semua kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya, tanpa mengira agama, bangsa dan lokasi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi menangkis tohmahan masyarakat antarabangsa terhadap negara ini yang menyatakan bahawa Malaysia tidak memberi pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak. "Sehingga kini, Kementerian Pelajaran telahpun mewujudkan beberapa perkongsian pintar seperti bersama Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk program pendidikan 3M KAFA; Angkatan Tentera Malaysia melalui Program Jiwa Murni di Pulau Berhala, Sandakan dan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan UNICEF.
"Justeru perkongsian pintar ini akan diperluaskan dan saya amat mengharapkan supaya agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang lain berminat untuk bersama-sama berganding bahu melaksanakan program pendidikan bagi kanak-kanak tanpa dokumen ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Noriah Mahat yang ingin tahu status dasar pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen bukan warganegara dan perancangan kementerian dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak itu bagi mengatasi masalah buta huruf dan melaksanakan pendidikan untuk semua.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan telah mewujudkan dasar-dasar baru bagi memastikan golongan kanak-kanak tanpa dokumen mendapat pendidikan sewajarnya.

Beliau berkata kanak-kanak warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk diterima masuk ke sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan jika memenuhi syarat yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.1/2009 bertarikh 11 Mac 2009.
"Kandungan surat itu antara lainnya menyatakan bahawa mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia, boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, ia perlu mendapat surat pengesahan atau surat perakuan daripada Ketua Kampung.

Bagi kanak-kanak bukan warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kementerian telah meluluskan satu dasar melalui penyediaan peluang pendidikan altenatif kepada mereka.

Bagaimanapun, ia bukan pendidikan yang dilaksana secara formal seperti yang termaktub dalam Sistem Persekolahan Kebangsaan.

"Pendidikan alternatif adalah pendidikan yang akan memberi penekanan dan penumpuan kepada aspek 3M (membaca, mengira dan menulis), pendidikan nilai jati diri terhadap negara Malaysia dan kemahiran tertentu," katanya.

Bagi memastikan dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Kementerian Pelajaran akan bergerak bersama-sama agensi kerajaan lain, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta untuk menyediakan peluang pendidikan berkenaan.

Muhyiddin turut mengalu-alukan inisiatif pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan persendirian yang melaksanakan pendidikan secara bersendirian kepada kanak-kanak.

Beliau berkata bagaimanapun, pelaksanaan pendidikan itu perlu dipantau supaya matlamat asal pendidikan dapat dicapai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Saya berpandangan bahawa sudah sampai masanya, Kementerian Pelajaran bertindak sebagai agensi penyelaras supaya program pendidikan yang dilaksanakan dapat diseragamkan dan elemen semangat jati diri sayangkan Malaysia, negara yang memberi perlindungan kepada mereka dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak berkenaan," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum