PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jual bayi: 4 lagi ditahan reman

Go down

Jual bayi: 4 lagi ditahan reman  Empty Jual bayi: 4 lagi ditahan reman

Post  ypeng(U6A/10) Sat Jul 17, 2010 2:21 pm

KUCHING 16 Julai - Sehari selepas menahan reman lapan individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, polis terus mencatat kejayaan membanteras jenayah pemerdagangan bayi apabila menahan empat lagi individu hari ini.

Mereka merupakan sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 tahun, pemandu kepada Datuk tersebut berusia 48 tahun, dan seorang lelaki berusia 53 tahun.

Kesemuanya dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan sindiket memperdagangkan bayi.

Majistret Nelson W. Angang mengeluarkan perintah reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selepas keempat-empat suspek itu dibawa ke mahkamah petang ini.

Ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan reman setakat ini seramai 12 orang.

Siasatan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Menurut jurucakap polis, pasangan suami isteri itu ditahan di Kampung Patingan manakala pemandu itu diberkas di Kampung Kudei. Seorang lagi lelaki ditahan di Jalan Chawan di sini.

Katanya, kesemua mereka ditangkap dalam serbuan antara pukul 9 hingga 11 malam tadi.

Sindiket penjualan bayi di bandar raya ini terbongkar pada Isnin lalu apabila polis menahan seorang wanita rakyat asing dalam serbuan di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) pada malam tersebut.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 9 malam selepas meminta wang berjumlah RM10,000 daripada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.

Susulan tangkapan itu, seramai lapan individu dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari pagi semalam.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum