PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tanah rizab pendidikan untuk sekolah kebangsaan: Muhyiddin

Go down

Tanah rizab pendidikan untuk sekolah kebangsaan: Muhyiddin Empty Tanah rizab pendidikan untuk sekolah kebangsaan: Muhyiddin

Post  yeeleng(L6A) Thu Jul 15, 2010 1:19 pm

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tanah rizab pendidikan bertujuan untuk membina sekolah kebangsaan yang berfungsi sebagai sekolah untuk semua kaum. "Jika tapak rizab pendidikan ini diberikan kepada sekolah satu kaum saja, ia akan menguntungkan satu kaum saja dan hasrat kerajaan untuk menyatukan rakyat melalui pendidikan tidak akan tercapai," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran. Muhyiddin berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat hari ini.
Teo ingin tahu sama ada kementerian akan memansuhkan polisi bahawa sekolah bantuan yang dibenarkan untuk berpindah mestilah mencari tapak sekolah sendiri dan sama ada kementerian akan membenarkan semua sekolah bantuan kerajaan untuk didirikan di tanah rizab pendidikan kerajaan.

Muhyiddin berkata, kementerian menetapkan bagi sekolah bantuan kerajaan yang memohon untuk berpindah, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) untuk mencari tapak mereka sendiri.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian akan sentiasa memastikan kemudahan pendidikan yang disediakan adalah untuk semua kaum atau golongan masyarakat.

"Kementerian sentiasa bekerjasama dengan LPS bagi memenuhi syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan berhubung dengan pembinaan sekolah baru dan perpindahan sekolah," katanya.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum