PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kementerian Kewangan tempuh 4 cabaran untuk pacu ekonomi

Go down

Kementerian Kewangan tempuh 4 cabaran untuk pacu ekonomi Empty Kementerian Kewangan tempuh 4 cabaran untuk pacu ekonomi

Post  yeeleng(L6A) Wed Jul 14, 2010 1:13 pm

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan empat cabaran berat yang perlu digalas oleh Kementerian Kewangan untuk memacu negara mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Empat cabaran itu ialah merealisasi matlamat Model Baru Ekonomi (MEB), mengurus sasaran makro, menangani masalah dalam struktur ekonomi dan menerapkan nilai-nilai positif dalam pengurusan kewangan negara. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi memastikan kejayaan MEB, negara perlu memperoleh nilai pelaburan berjumlah RM115 bilion setahun untuk memastikan pencapaian kadar pertumbuhan ekonomi enam peratus sepanjang lima tahun pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). “Tanggungjawab kita (Kementerian Kewangan) bukan sahaja memantau, malah perlu mengambil tindakan proaktif untuk merangsang semua pihak serta mewujudkan iklim pelaburan yang berdaya saing di peringkat global."

“Pada masa yang sama kita perlu memastikan rakyat mempunyai kerajaan yang peka dan perihatin untuk terus membela untung nasib mereka," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Tahun 2009, Perbendaharaan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata Kementerian Kewangan perlu menguruskan sasaran makro negara tanpa mengabaikan harapan rakyat.
"Kita perlu mencapai usaha untuk mengurangkan defisit negara daripada tujuh peratus kepada 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), selain berhadapan dengan tuntutan rakyat yang mahukan lebih banyak peruntukan melalui kementerian."

"Ini satu cabaran untuk menguruskan defisit dan pada masa yang sama memenuhi harapan rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata satu lagi cabaran yang perlu dipikul ialah keperluan untuk menguruskan masalah struktur dalam ekonomi negara yang meliputi soal merasionalkan subsidi.

"Masalah struktur ini antaranya melibatkan bagaimanakah kita nak merasionalkan subsidi tanpa menyusah dan terlalu membebankan rakyat.

"Ia turut melibatkan bagaimana kita dapat mengukuhkan asas hasil kita. Pendapatan hasil kita tidak terlalu meluas. Kita tahu perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan juga perlu menerapkan nilai-nilai yang boleh menyumbang kepada pengukuhan kewangan negara.

"Nilai-nilai ini termasuk berbelanja secara berhemah, menentukan sistem pemeolehan kita lebih kompetitif dan telus serta mengelakkan pembaziran di semua peringkat pentadbiran," katanya.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia berjaya mengharungi krisis ekonomi global dan berkembang dengan lebih kukuh berbanding beberapa negara di dunia.

"Kita hanya mengalami kadar pengangguran yang munasabah ketika Amerika Syarikat terpaksa berdepan kadar pengangguran yang mencecah 10 peratus."

Malah, kata Perdana Menteri sesetengah negeri di Amerika Syarikat, kadar pengangguran mencecah 15 peratus.

"Greece berdepan dengan krisis hutangnya dan Sepanyol pula hanya muncul sebagai juara Piala Dunia namun gagal muncul sebagai juara ekonomi dengan mencatatkan kadar pengangguran 20 peratus," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum