Pembuatan tembaga kritikal

View previous topic View next topic Go down

Pembuatan tembaga kritikal

Post  ong poh lee U6B on Tue Jul 13, 2010 4:17 pm

KUALA TERENGGANU 12 Julai - Sikap suka memilih kerjaya yang lebih mudah dengan memperolehi pendapatan lumayan menjadi punca utama pembuatan tembaga Terengganu semakin kritikal ekoran tiada minat dari golongan muda untuk menceburi industri itu.

Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Zahir Ahmad berkata, ini terbukti apabila hanya lima orang peserta daripada golongan muda di negeri itu menyertai latihan jangka masa pendek selama enam bulan anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu pada pengambilan pertama Jun lalu dalam bidang itu.

Katanya, jika keadaan itu berterusan pembuatan tembaga Terengganu menghadapi saat yang membimbangkan apabila permintaan di pasaran melebihi penghasilan produk.

"Walaupun kita menyediakan prasarana dan kemudahan untuk pembuatan tembaga ini selain setiap peserta mendapat elaun sebanyak RM450 sebulan, namun ia masih tidak mampu menarik minat golongan muda menyertai latihan ini.

"Setelah sebulan latihan tersebut dijalankan, hanya tiga peserta sahaja yang masih meneruskan latihan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia di Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Chendering di sini hari ini.

Penganjuran Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan serentak di cawangan-cawangan Kraftangan Malaysia di seluruh negeri itu merupakan pendekatan yang holistik untuk menawarkan khidmat melalui interaksi dan perhubungan lebih mesra bagi mempertingkatkan kualiti usahawan.

Program tersebut juga memberi peluang kepada usahawan untuk bersemuka secara terus bagi berbincang dan bertukar pandangan selain menyelesaikan masalah pelanggan.

Dalam perkembangan sama, Zahir berkata, bagi menarik minat golongan muda menyertai latihan jangka masa pendek itu, pihaknya tidak bercadang menghasilkan rekaan tembaga yang terlalu moden kerana bimbang akan mengurangkan minat peserta-peserta berkenaan.

Katanya, apa yang dilakukan pada masa kini hanya menambah baik rekaan sedia ada menjadi lebih menarik.

Selain itu, tambahnya, dalam usaha membantu usahawan dan pengusaha lama industri tembaga di negeri tersebut, Kraftangan Malaysia telah menyalurkan pelbagai bantuan secara menyeluruh merangkumi prasarana, kemudahan mesin, promosi, pembangunan produk dan bahan.

"Setakat ini kita mempunyai 30 pengusaha tembaga namun hanya 23 orang sahaja yang aktif dan hanya dua hingga tiga orang dari golongan muda yang mengusahakan industri itu.

"Justeru itu, kita akan berusaha membantu mereka agar pembuatan tembaga Terengganu dapat diperluaskan memandangkan ia merupakan daya tarikan utama pelancong ke negeri ini," jelasnya.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum