PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

9 lokasi menyelam popular ditutup

2 posters

Go down

9 lokasi menyelam popular ditutup Empty 9 lokasi menyelam popular ditutup

Post  Yao Benjamin (L6F/2010) Thu Jul 22, 2010 1:55 pm

LANGKAWI: Sembilan lokasi menyelam popular di seluruh negara membabitkan enam pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut, ditutup sementara berkuat kuasa 2 Julai hingga 31 Oktober ini berikutan mengalami kelunturan karang serius.

Lokasi berkenaan ialah Teluk Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden; Pulau Payar di Kedah; Pulau Redang-Teluk Bakau, Pulau Tenggol-Teluk Air Tawar, Pulau Perhentian Besar-Teluk Dalam dan Pulau Perhentian Besar-Tanjung Tukas Darat – Tanjung Tukas Laut (Terengganu), Pulau Chebeh dan Batu Malang serta Gugusan Pulau Tioman (Pahang).
Turut terbabit dalam langkah penutupan sementara itu adalah tiga lokasi di tiga pulau belum diwartakan sebagai Taman Laut iaitu Pulau Rengis, Tumok dan Soyak di Pahang.
Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut (JTL), Abd Jamal Mydin, berkata penutupan sementara lokasi di pulau terbabit berikutan kelunturan karang serius dan meluas, selain mengelak batu karang terus musnah.

Katanya, jabatan memutuskan menutup sementara sembilan kawasan menyelam popular itu selepas pemantauan mendapati kawasan terbabit kelunturan karang sehingga 90 peratus.

"Fenomena ini pernah berlaku pada 1998 dan berulang pada 2006. Bagaimanapun, kejadian yang dikesan bermula awal Jun lalu lebih serius dan terpaksa ditutup kepada aktiviti rekreasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan perkara itu bersama jabatan kerajaan dan agensi swasta di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, semalam.
Abd Jamal bagaimanapun berkata, orang ramai boleh mengunjungi 26 pulau popular diwartakan Taman Laut, termasuk di Kedah sebanyak empat pulau, Terengganu (13 pulau) dan Pahang (sembilan pulau).

Katanya, hanya kawasan tertentu di pulau terbabit ditutup kepada pengunjung selama tiga bulan sehingga 31 Oktober ini, bagi tujuan menanam semula batu karang dan membina tukun tiruan.

“Bagi mempercepatkan proses pemulihan, jumlah pengunjung ke Taman Laut akan dihadkan. Sebagai contoh, pengunjung ke Pulau Payar, Langkawi dikurangkan kepada 200 orang, berbanding 400 orang sehari sebelum ini.

“Bagi Pulau Payar, hanya tiga lokasi yang ditutup atau kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan kawasan menyelam, Pulau Redang (empat lokasi, lapan peratus), Pulau Tioman (dua lokasi, 14 peratus),” katanya.


Nampaknya keindahan semulajadi aquatik di negara ini semakin diancam oleh peningkatan suhu air laut. Kejadian ini amat membimbangkan....

Yao Benjamin (L6F/2010)

Posts : 35
Join date : 2010-05-26

Back to top Go down

9 lokasi menyelam popular ditutup Empty Re: 9 lokasi menyelam popular ditutup

Post  Ong SQ (U6B/2010) Sun Jul 25, 2010 7:55 am

Beberapa aktivitas manusia yang dapat merusak terumbu karang:

* membuang sampah ke laut dan pantai yang dapat mencemari air laut
* membawa pulang ataupun menyentuh terumbu karang saat menyelam, satu sentuhan saja dapat membunuh terumbu karang
* pemborosan air, semakin banyak air yang digunakan maka semakin banyak pula limbah air yang dihasilkan dan dibuang ke laut.
* pengunaan pupuk dan pestisida buatan, seberapapun jauh letak pertanian tersebut dari laut residu kimia dari pupuk dan pestisida buatan pada akhinya akan terbuang ke laut juga.
* Membuang jangkar pada pesisir pantai secara tidak sengaja akan merusak terumbu karang yang berada di bawahnya.
* terdapatnya predator terumbu karang, seperti sejenis siput drupella.
* penambangan
* pembangunan pemukiman
* reklamasi pantai
* polusi
* penangkapan ikan dengan cara yang salah, seperti pemakaian bom ikan


Manfaat Terumbu Karang untuk kita

1. Sumber ikan dan makanan laut lainnya yang mengandung protein tinggi.
2. Melindungi pantai dan penduduk dari hantaman ombak dan arus.
3. Sumber penghasilan bagi nelayan (tangkapan ikan).
4. Kekayaan pariwisata bahari yang berdaya jual tinggi (memancing, menyelam, snorkeling).
5. Sumber kekayaan laut yang bisa digunakan sebagai obat-obatan alami.
6. Sebagai laboratorium alam untuk pendidikan dan penelitian.


Selamatkan Terumbu Karang SeKarang

Jika anda berenang, snorkel, skuba, atau selam bebas

Terumbu karang adalah koloni haiwan kecil yang mengambil masa beratus tahun untuk membentuk struktur-struktur yang dapat dilihat pada hari ini.

Menyentuh Batu karang untuk melihat rupabentuknya boleh menyebabkan kematian koloni secara menyeluruh. Minyak daripada kulit anda boleh mengganggu membran halus yang berlendir yang melindungi binatang ini daripada penyakit.


Jangan berdiri di atas Terumbu Karang

Jangan berjalan atau berdiri di atas terumbu karang, kerana ini boleh membunuh polip karang yang hidup. Polip merupakan pembina struktur terumbu karang. Pertimbangkan penggunaan alat pengapungan (yang diletakkan di bawah dada) jika anda bukan perenang yang baik dan jangan berdiri di atas terumbu karang untuk membetulkan kedudukan topeng. Berenang dengan baik dan cuba untuk mengelak kemungkinan menendang terumbu karang, mencari satu kawasan berpasir atau tempat cetek yang bebas dari karang untuk berdiri. Jangan menyentuh, mengutip atau memegang hidupan terumbu karang.


Melabuhkan sauh adalah dilarang

Jika boya penambat tidak didapati, gunakan sauh pasir untuk berlabuh yang diletakkan jauh daripada pembentukan terumbu karang dan dari tempat anda mahu menyelam, kemudiannya membenarkan bot untuk hanyut ke kawasan berhampiran terumbu karang. Sentiasa pastikan sauh selamat di atas pasir sebelum menyelam di terumbu karang.

Malah penyelam berpengalaman kadangkala dengan tidak sengaja melanggar atau memecah karang, jadi mereka yang kurang berpengalaman seharusnya lebih berhati-hati


Tidak dibenarkan menyentuh hidupan karang

Satu kecuaian boleh memusnahkan keseluruhan komuniti.Terumbu karang adalah nadi utama untuk kehidupan laut yang luas dan yang masih tidak dikenali. Zoothanthellae yang tinggal dalam karang menghasilkan oksigen yang diperlukan untuk karang hidup dan berkembang. Tanpa alga, terumbu karang tidak membesar dan organisma marin tidak akan wujud. Apabila terumbu karang dimusnahkan dengan penggunaan peluntur klorin atau bahan kimia berbahaya yang lain untuk amalan memancing, ia akan membunuh alga dan terumbu karang. Apabila anda memusnahkan karang, kelangsungan kehidupan marin terjejas dan kekayaan hasil kehidupan marin untuk generasi akan datang pudar.


Elakkan dari mengganggu hidupan karang

Haiwan karang adalah dengan mudah tertekan dan mengganggu mereka boleh mengganggu pemakanan dan pengawanan mereka.


Elakkan dari membuang sampah

Membuang sampah membahayakan hidupan laut dan merosakkan keindahan semulajadi batu karang. Membuang sampah ke dalam tong sampah atau mengambil ia kembali dengan anda.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum