PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penstrukturan semula pemberian subsidi

3 posters

Go down

Penstrukturan semula pemberian subsidi Empty Penstrukturan semula pemberian subsidi

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 Thu Jun 10, 2010 11:04 am

2010/06/06
Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara

ISU subsidi sudah menjadi satu isu dasar yang penting. Subsidi ialah satu instrumen fiskal untuk membantu sektor tertentu misalnya, kumpulan termiskin atau industri yang memerlukan sokongan pada peringkat awal.
Sebenarnya banyak negara memberi subsidi kepada masyarakatnya. Misalnya negara Barat memberi banyak subsidi kepada sektor pertanian untuk memastikan pendapatan petani terjamin, manakala harga barang makanan tidak begitu tinggi.
Malah, isu subsidi bahan pertanian adalah satu isu pertelingkahan antara negara maju dan negara membangun ketika perundingan pelbagai hala di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Dalam pengurusan kewangan kerajaan, subsidi adalah satu perkara penting dan dianggarkan hampir 20 peratus daripada jumlah perbelanjaan pengurus.

Antara komponen subsidi ialah sokongan kepada pengeluaran beras negara, galakan cukai untuk industri, subsidi tenaga, potongan cukai jualan, bantuan kepada kerajaan tempatan dan kerajaan negeri, serta bantuan secara langsung seperti biasiswa, caj rendah untuk rawatan di hospital awam, dan bantuan kewangan untuk keluarga miskin.

Subsidi juga berbentuk kawalan ke atas harga seperti caj untuk perbelanjaan kesihatan dan pendidikan. Dalam erti kata lain, mereka yang menggunakan kemudahan ini tidak membayar harga pasaran. Misalnya, kos tuisyen di universiti awam tempatan lebih rendah berbanding kos tuisyen di sektor swasta.
Begitu juga caj RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam termasuk ubat-ubatan asas. Bandingkan pula dengan caj di hospital swasta yang berjumlah antara RM35 hingga RM50 hanya untuk berjumpa doktor.

Jumlah subsidi dijangka bertambah berikutan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi di negara ini. Di samping itu, ada rakyat asing di negara ini yang turut menggunakan kemudahan awam seperti sekolah dan hospital.

Harus diingat, bahan api, khususnya petrol yang digunakan oleh kenderaan mengandungi banyak unsur subsidi kerana harga yang ditetapkan jauh di bawah paras harga antarabangsa. Masalah ini menjadi ketara kerana wujud ketirisan apabila pemilik kereta asing dari Singapura dan Thailand yang turut membeli petrol dan diesel di negara ini.

Kini amalan subsidi menjadi satu budaya di Malaysia dan isu ini sukar dirungkai kerana rakyat kita mengambil kira subsidi dalam perkiraan perbelanjaan tetap mereka.

Terdapat juga tekanan ke atas sumber hasil kerajaan kerana dasar untuk mengurangkan kadar cukai secara langsung. Selain itu,
ketidaksediaan masyarakat menerima cukai barangan dan perkhidmatan (GST) begitu lama menyukarkan usaha meningkatkan hasil.

Rakyat gemar jika kadar cukai dikurangkan, namun mereka meminta ditambah subsidi, sambil meminta lebih banyak projek pembangunan seperti sekolah, hospital dan jalan raya. Sebab itulah adanya tekanan ke atas pengurusan kewangan kerajaan.

Kerajaan mengalami defisit sejak 1998 atas beberapa sebab. Antaranya peranan kerajaan yang ketara dalam pembangunan negara serta kesediaan kerajaan mengatasi kemelesetan ekonomi dengan menampung jumlah permintaan agregat. Kedudukan defisit dijangka berterusan dalam tempoh sederhana.

Langkah kerajaan mengurangkan subsidi adalah satu tindakan sukar kerana dalam jangka pendek, ia boleh menjejaskan pendapatan sebenar rakyat jelata, meningkatkan kos taraf hidup dan menghakis tahap untung sektor korporat serta akhir sekali mungkin menjejaskan persaingan badan-badan perniagaan.

Tindakan ini mungkin mendapat tentangan rakyat. Ia juga memerlukan penyesuaian oleh semua pihak dengan merombak struktur perbelanjaan dan gaya hidup bagi mengatasi kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan jika subsidi ditarik balik.

Misalnya ketika petrol dinaikkan dulu, lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam (LRT) dan mengurangkan perjalanan yang tidak penting.

Penarikan atau pengurangan subsidi akan memantapkan asas pelaburan dan perbelanjaan kerana orang ramai akan membuat sesuatu keputusan berasaskan harga yang lebih tepat dan benar.

Namun begitu, kita masih perlukan subsidi dan subsidi itu hendaklah berasaskan keperluan asasi yang mendesak seperti makanan, pendidikan asas dan kesihatan. Subsidi juga seharusnya diberikan kepada golongan kurang berkemampuan. Jika subsidi itu bertujuan membantu industri yang baru bermula (infant industry) maka satu analisis cost-benefit perlu diadakan terlebih dulu.

Kita perlu mempunyai suatu dasar subsidi. Pertama, apakah sektor atau kegiatan yang perlu diberikan subsidi? Kedua, siapakah golongan sasaran yang layak menerima subsidi manakala yang lain perlu membayar harga pasaran?
Ketiga, subsidi perlu satu jangka masa seperti jika kita hendak membantu industri yang baru ditubuhkan (infant industry). Akhirnya, kajian impak dan cost benefit perlu dipastikan ke atas setiap subsidi utama.

Satu mekanisme juga perlu diwujudkan supaya mereka yang tidak layak, tidak harus menerima subsidi berkenaan. Sebagai contoh, mengapa ramai warga asing membeli harga petrol di negara ini? Begitu juga kos kesihatan, mereka yang tidak layak dan berpendapatan tinggi perlu dikenakan caj yang jauh melebihi RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam.

Berdasarkan perbincangan di atas, pihak kerajaan terpaksa mengambil tindakan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat.

Akhir sekali, dasar subsidi perlu diselaraskan dengan dasar mengukuhkan kewangan sektor awam. Pada masa yang sama, sumber hasil yang baru perlu ditetapkan dan kegiatan-kegiatan awam yang boleh dilaksanakan oleh sektor swasta, diswastakan.

Dalam hal terakhir ini, mungkin kerajaan tidak perlu memberi pinjaman perumahan dan kenderaan kepada kakitangannya kerana aktiviti ini boleh dilaksanakan oleh bank swasta, tetapi sebaliknya, hanya memberi subsidi antara perbezaan kadar faedah.

Dalam melaksanakan perubahan di atas, kerajaan memerlukan kesungguhan supaya satu budaya baru yang kurang bergantung kepada subsidi diwujudkan dikalangan masyarakat.
LEE WEI SHAN L6F 2010
LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

Back to top Go down

Penstrukturan semula pemberian subsidi Empty Re: Penstrukturan semula pemberian subsidi

Post  leeyoong_U6B Sat Jun 12, 2010 4:43 pm

LEE WEI SHAN L6F 2010 wrote:caj RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam termasuk ubat-ubatan asas. Bandingkan pula dengan caj di hospital swasta yang berjumlah antara RM35 hingga RM50 hanya untuk berjumpa doktor.
Memang tidak dinafikan bahawa, caj perubatan di hospital awam terlalu murah jika berbanding dengan negara lain. Hanya dengan RM 1, rakyat Malaysia boleh mendapatkan rawatan dan perubatan yang agak baik di hospital awam. Sekiranya rakyat terpaksa mendapatkan rawatan pembedahan, caj yang dikenalkan oleh hospital awam juga lebih rendah berbanding dengan hospital swasta.
Oleh sebab yang demikian, terdapat cadangan untuk meningkatkan caj perubatan terhadap rakyat Malaysia.. Jika tidak silap, caj perubatan akan ditingkatkan kepada RM3. Namun, ini masih dalam prosess perbincangan kerajaan....

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Penstrukturan semula pemberian subsidi Empty Re: Penstrukturan semula pemberian subsidi

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 12, 2010 5:52 pm

LEE WEI SHAN L6F 2010 wrote:]caj RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam termasuk ubat-ubatan asas. Bandingkan pula dengan caj di hospital swasta yang berjumlah antara RM35 hingga RM50 hanya untuk berjumpa doktor.

Caj Hospital swasta semurah itu?
Caj Hospital Swasta sekurang-kurangnya :
Doktor : Rm50~RM200
Medical Procedure : bermula dari RM100
Out Patient : RM30
Ubat-ubatan : Sekurang-kurangnya RM50
Wad : Bermula dari Rm150

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Penstrukturan semula pemberian subsidi Empty Re: Penstrukturan semula pemberian subsidi

Post  leeyoong_U6B Sat Jun 12, 2010 8:15 pm

YeeYew™ [SonG][U6B] wrote:
Caj Hospital Swasta sekurang-kurangnya :
Doktor : Rm50~RM200
Medical Procedure : bermula dari RM100
Out Patient : RM30
Ubat-ubatan : Sekurang-kurangnya RM50
Wad : Bermula dari Rm150
Tiada begitu mahal...affraid Caj bagi rawatan adalah tergantung kepada kenamaan klinik swasta.. Bukanlah semua klinik swasta juga semahal seperti yang YeeYew katakan.

Sekiranya anda mendapatkan rawatan bagi penyakit biasa seperti demam, batuk di klinik swasta (biasa), caj adalah di antara RM35 hingga RM50..

NAMUN, jikalau anda ingin mendapatkan rawatan bagi penyakit yang sama di klinik swasta yang terkenal seperti Gleneagles Hospital Kuala Lumpur... Caj barulah akan semahal seperti yang YeeYew katakan..

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Penstrukturan semula pemberian subsidi Empty Re: Penstrukturan semula pemberian subsidi

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sun Jun 13, 2010 7:56 am

Hospital... bukan klinik swasta.
dan yang baru saya kemukakan adalah caj bil Prince Court dan Sentosa...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Penstrukturan semula pemberian subsidi Empty Re: Penstrukturan semula pemberian subsidi

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 Mon Jun 14, 2010 3:28 pm

Penstrukturan Semula Subsidi Perlu Untuk Kebaikan Semua

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula subsidi adalah langkah tegas kerajaan bagi membetulkan dasar berkaitan subsidi yang boleh merugikan negara bagi tempoh jangka panjang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata penstrukturan subsidi yang baru itu akan menumpukan kepada keperluan rakyat seperti subsidi bahan api di negara ini yang ditentukan mengikut prinsip penentuan harga berlandaskan harga pasaran dunia.

"Kalau dulu subsidi minyak yang berasaskan kepada kegunaan, iaitu lagi banyak kita gunakan lagi banyak dapat subsidi tanpa mengira golongan miskin dan kaya," katanya dalam satu rancangan temubual di RTM1 Khamis malam.

Penstrukturan subsidi itu adalah untuk memberi jaminan bahawa golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan terus mendapat manfaat berikutan kenaikan harga minyak mentah yang semakin melonjak di pasaran dunia.

Harga minyak melonjak ke paras tertinggi baru sebanyak AS$122.73 setong di pasaran dunia berikutan kebimbangan bekalan dan kelemahan dolar Amerika Syarikat.

"Rakyat harus terima bahawa soal mekanisme pasaran harga diperlukan sebagai penentuan untuk buat pilihan antara keperluan dan kehendak seperti sistem subsidi minyak, kalau dulunya berasaskan kepada kegunaan, lagi banyak kita gunakan lagi banyak kita dapat subsidi tidak kira miskin dan kaya" katanya.

Mengenai peruntukan RM400 juta subsidi untuk menyeragamkan harga beras di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung, beliau berkata ia mampu dilaksanakan.

"Saya sudah minta ahli Parlimen terutamanya di kawasan pendalaman memikirkan dan memberikan cadangan penyelesaian yang boleh dilaksanakan.

"Kita boleh buat sesuatu yang unik, jangan ambil pendekatan untuk semua masalah ini, kita cari penyelesaiannya tetapi prinsipnya kerana nak menolong dari segi kebajikan, dari segi sosial dan dari segi pasaran," katanya.
LEE WEI SHAN L6F 2010
LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

Back to top Go down

Penstrukturan semula pemberian subsidi Empty Re: Penstrukturan semula pemberian subsidi

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum