Pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus

View previous topic View next topic Go down

Pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus

Post  keat sin (U6A) on Mon Jun 14, 2010 11:15 am

PELABURAN swasta dijangka berkembang pada kadar 12.8 peratus setahun dengan jumlah pelaburan mengikut harga semasa sebanyak RM115 bilion setahun.

Pelaburan terus asing (FDI) merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ini.

Pelaburan swasta akan menyumbang 13.9 peratus kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015.

Walaupun dasar fiskal dan kewangan akan terus menyokong inisiatif swasta, penambahbaikan dalam persekitaran perniagaan kepada pelaburan swasta akan diberi keutamaan, termasuk langkah untuk meliberalisasi lagi ekonomi.

Kecekapan sektor awam akan terus diperkukuh melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan menyelaras proses birokrasi dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Semakan semula perundangan dan kawal selia akan dibuat untuk menggalakkan keusahawanan dan menambah baik profil pengambilan risiko sektor swasta.

Pelaksanaan inisiatif kerjasama awam swasta (PPP) bernilai RM62.7 bilion akan menjadi komponen utama usaha kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui penyertaan sektor swasta.

Antara projek besar yang akan dilaksanakan di bawah PPP, termasuklah tujuh lebuh raya bertol, lima kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), pembangunan semula Kompleks Angkasapuri Kuala Lumpur sebagai bandar raya media, Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak dan penswastaan Penang Port Sdn. Bhd.

Dalam tempoh RMK-10, penggunaan swasta dijangka mencatatkan pertumbuhan mampan sebanyak 7.7 peratus, berikutan jangkaan pendapatan yang lebih tinggi serta prospek pekerjaan yang lebih baik.

Sehubungan itu, sumbangan penggunaan swasta kepada KDNK dijangka meningkat daripada 53.6 peratus pada 2010 kepada 58 peratus pada tahun 2015, secara umumnya setaraf negara maju.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum