PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam

Go down

90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam Empty 90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Jun 26, 2010 9:44 am

SHAH ALAM 25 Jun - Dalam era kemajuan teknologi komunikasi sekarang, telefon awam masih menjadi pilihan dan penting kepada sebahagian daripada kita.

Ini kerana mereka berpendapat kadar bayaran telefon awam lebih murah berbanding menggunakan telefon bimbit.

Sebahagian lagi, terutama orang bujang yang berkongsi menyewa rumah sengaja tidak memiliki talian tetap kerana tidak mahu pening kepala apabila berkongsi bil telefon.

Atas sebab- sebab itu, kemudahan telefon awam masih penting. Namun di sekitar Shah Alam, kebanyakannya sekadar perhiasan kerana perbuatan merosakkan kemudahan itu dilihat semakin menjadi-jadi di beberapa kawasan.

Tinjauan di Seksyen 13, Seksyen 17, Seksyen 18, Seksyen 19 dan Seksyen 25 di sini baru-baru ini, boleh dikatakan hampir 90 peratus daripada kemudahan telekomunikasi yang disediakan untuk orang awam itu tidak boleh digunakan lagi.

Kebanyakan telefon yang dirosakkan terletak di kawasan perumahan dan pangsapuri di mana tidak semua penghuninya mempunyai telefon di rumah.

Seorang penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Hanafi Abdullah, 38, berkata, keadaan itu membimbangkan beliau kerana kadang kala alat telekomunikasi itu diperlukan ketika berlaku kecemasan.

Menurut Hanafi, walaupun kini dunia semakin moden dengan pelbagai alatan canggih dicipta tetapi kadangkala peralatan tersebut mengalami gangguan membuatkan telefon awam pada ketika itu amat diperlukan.

"Saya sendiri lebih suka menggunakan telefon awam kerana kadar bayaran lebih murah jika dibandingkan dengan telefon bimbit tetapi kini bukan senang untuk dapat telefon awam yang berfungsi.

"Keadaan ini kadang kala amat menyukarkan saya untuk berhubung dengan keluarga di kampung di Sarawak.

"Pernah juga saya pergi ke kawasan lain untuk mencari telefon awam tetapi keadaannya tetap serupa kerana kebanyakannya tidak berfungsi," katanya ketika ditemui.

Ujarnya, di kawasan perumahan dia tinggal, perbuatan merosakkan telefon awam boleh dikatakan menjadi satu gejala kerana hampir kesemua yang terdapat di situ tidak boleh digunakan.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan kebanyakan penghuni di kawasan berkenaan mengeluh kerana kadang kala terdesak untuk menggunakan perkhidmatan awam berkenaan.

Apa yang dapat dilihat, ujarnya, pondok-pondok telefon awam di kawasannya hanya menjadi perhiasan tanpa memberi faedah kepada penduduk setempat.

Beliau berharap agar pihak berkuasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan ke atas pelaku vandalisme ini.

Harapan itu turut dilahirkan oleh seorang pekerja swasta, Norzianti Hamzah, 24, kerana beliau yang berasal dari Sarawak seringkali menggunakan telefon awam sebagai alat perhubungan utama antaranya dengan rakan-rakan dan keluarga di kampung.

"Kadang kala puas saya pusing-pusing di sini (Shah Alam) mencari telefon awam yang boleh berfungsi tetapi ada kalanya usaha itu sia-sia sahaja.

"Pelbagai kerosakan yang dapat kita lihat. Ada yang tidak mempunyai set tangan manakala sebahagian yang lain hanya tinggal pondok sahaja," katanya.

Ujarnya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana masyarakat kini banyak yang terpelajar dan seharusnya tahu menghargai kemudahan awam yang telah disediakan.

Seorang lagi pekerja swasta, Ain Najwa Abdul Kadir, 21, berkata, sememangnya menjadi kesukaran baginya jika kebanyakan telefon awam rosak kerana dia bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan berkenaan.

Ini kerana katanya, setelah telefon bimbitnya hilang lima bulan lalu akibat diragut dia lebih selesa menggunakan telefon awam.

"Tapi sukar juga nak dapat telefon awam sekarang ini. Kebanyakannya sudah rosak, majoritinya sudah tiada set tangan.

"Saya selalu berfikir apakah yang mereka dapat jika merosakkan harta awam, mungkin bagi individu yang tidak bertanggungjawab mereka mendapat satu bentuk kepuasan," ujarnya.

Sementara itu Abdul Rahim Abdul Razak, 25, yang berasal dari Sabah turut melahirkan kekesalan kerana telefon awam selalu dirosakkan sehingga menyebabkan dia sukar menghubungi keluarga di kampung halaman.

Abdul Rahim yang hanya bekerja sebagai buruh kasar memberitahu, dia seharusnya berjimat cermat untuk menampung keluarganya sebab itulah dia lebih suka menggunakan telefon awam berbanding telefon bimbit.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam Empty Re: 90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Jun 26, 2010 9:51 am

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme :

i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan
dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang
mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling
termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam Empty Re: 90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Jun 26, 2010 10:01 am

Langkah-langkah mengatasi vandelisme :

i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Mereka yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa mesti menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Media Massa
Selain itu, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan ada komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam Empty Re: 90 peratus telefon awam rosak di Shah Alam

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum